Friday, April 20, 2007

Kaum India di Ijok tidak puas hati calon adalah Khalid

pilihanraya kini     4:20 AM    

Sivarasa sendiri kecewa dengan keputusan
Anwar Ibrahim dan pucuk pimpinan Keadilan.
Namun untuk memujuk kekecewaan kaum India
beliau diberi tugasan menerangkan kepada kaum India.

Naib Presiden Keadilan, R Sivarasa terpaksa menjelaskan kepada kaum India di Ijok bahawa kaum india mesti faham mengapa Keadilan meletakkan calon Melayu. Sebelum ini dilaporkan kaum India khususnya kepimpinan India Keadilan seperti Nallakaruppan, R Sivarasa dan Xavierjaya Kumar sangat berminat menjadi calon Keadilan di Ijok.

Mengulas kekecewaan sesetengah pihak terhadap keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon Melayu dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, R Sivarasa berkata, terdapat perbezaan antara ‘majmuk sebenar’ dalam PKR dengan ‘pemetakan kaum’ yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN). Oleh itu, katanya, mereka yang kecewa dengan pemilihan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana merasakan Datuk KS Nallakaruppan sepatutnya bertanding 'di kerusi tradisi MIC’ itu, mungkin telah ‘terperangkap’ dengan 'pemetakan palsu' itu.

Sebenarnya apa yang diluahkan oleh R Sivarasa adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Beliau sendiri terpaksa akur terhadap keputusan Anwar Ibrahim. Lagipun mereka seronok juga apabila Nallakaruppan tidak bertanding ia menyelamatkan kedudukan mereka dalam parti Keadilan.

Bagi BN mereka telah membuktikan semangat perkongsian kuasa pelbagai kaum. Ijok merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu bagaimanapun Calon BN ialah Partiban daripada MIC.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.