Thursday, April 19, 2007

Kerajaan Selangor tunai semua janji kepada bekas Adun: Dr Mohamad Khir

pilihanraya kini     2:27 AM    


GIAT KEMPEN:
Dr Mohamad Khir dan Shahrizat (tiga dari kanan) menyerahkan pakaian BN
kepada Ketua Cawangan Wanita BN ketika
melancarkan Jentera Gempur Wanita BN, di Ijok, semalam.
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM36 juta kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok untuk melaksanakan dan meneruskan pelbagai projek pembangunan yang perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata jumlah itu tidak termasuk tambahan peruntukan RM3.2 juta kepada DUN Ijok yang diluluskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beberapa hari lalu.
Beliau berkata, peruntukan kerajaan negeri dan Pusat itu diberikan bagi menunaikan janji Barisan Nasional (BN) kepada bekas Adun Ijok, mendiang Datuk K Sivalingam."Saya sudah tunaikan janji kerajaan negeri kepada mendiang Sivalingam yang minta peruntukan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan.
Sebagai Menteri Besar, saya sudah menunaikan janji itu," katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya Wanita BN, di sini, semalam.Dr Mohamad Khir berkata, antara projek rancak dilaksanakan di Ijok ialah membaiki, menurap dan memperbesarkan jalan, membina longkang dan memasang lampu di sepanjang jalan utama.
Beliau berkata, dengan peruntukan itu, tiada sebab pengundi di Ijok menolak calon BN,
K Parthiban, yang juga calon tempatan dan memenuhi kriteria diperlukan sebagai wakil rakyat untuk penduduk pelbagai kaum, bangsa dan agama.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.