Thursday, April 19, 2007

Khalid Hina Penduduk Ijok Tidak Cukup Makan

pilihanraya kini     5:35 PM    

"Parti Keadilan menyeru masyarakat di Ijok untuk pergi makan di tempat BN jika lapar dan mengambil wang "
Kuala Selangor -- Pemuda Barisan Nasional (BN) mengingatkan Parti Keadilan khususnya calon mereka, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak sesekali menghina dan memandang rendah masyarakat Melayu, Cina dan India di Ijok semata-mata untuk memancing undi.

Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata tindakan calon Parti Keadilan menyeru masyarakat di Ijok untuk pergi makan di tempat BN jika lapar dan mengambil wang kalau diberikan jelas satu penghinaan.

Tegas beliau tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid ketika berucap baru-baru ini ternyata menghina masyarakat di Ijok seolah-olah mereka tidak cukup makan dan tiada maruah .

“Orang Ijok kini berpendidikan, pandai-pandai, malah anak pekerja ladang pun sudah masuk universiti, dah jadi usahawan.

“Pekebun sawit pula menikmati pendapatan besar dari ladang dan ramai generasi baru Ijok sudah menjadi guru memartabatkan agama dan bangsa”, katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Tegas beliau tindakan Parti Keadilan ini memperlihatkan mereka tidak peka kepada sentimen, latar belakang dan pembelaan maruah masyarakat Ijok sebaliknya membuat penghinaan semata-mata untuk memancing undi.

“Inilah kualiti calon Parti Keadilan. Dan masyarakat khususnya pengundi di sini boleh menilai mereka (Calon Parti Keadilan) yang jelas tidak menghormati maruah masyarakat Ijok”, ujarnya.

Beliau turut melemparkan persoalan jika inilah wajah Parti Keadilan bagaimana mereka hendak membela dan membawa pembangunan serta memperkayakan pertanian di kawasan ini jika mereka sendiri menghina dan memandang rendah maruah penduduk di Ijok.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.