Saturday, April 28, 2007

Khalid tertekan dengan kenyataannya sokong BN!

pilihanraya kini     3:53 AM    


"Sekarang kita buat perubahan dan sekarang ialah masanya...dan saya berharap kita semua bersama-sama untuk membuat perubahan dan mengundi calon Barisan Nasional sebagai yang menang untuk Dewan Undangan Negeri Ijok. Terima kasih"

Setelah TV3 dan RTM menayangkan ceramahnya semasa berkempen kita mesti tergelak besar apabila beliau berkempen untuk BN. memang melucukan. Siapa yang buat Joke sebenar? BN ke KeADILan?

Malam akhir berkempen di Bukit Badong berhempas pulas Khalid menjelaskan kenyataannya. Sempatkah Khalid menerangkan kepada pengundi mengenai kenyataannya? memang sungguh suntuk. Penyebaran TV sudah tentu lebih hebat kerana rakyat seluruh negara menjadi saksi mengenai kenyataannya. Benarkah video telah disunting? tengoklah baik-baik gerakan mulutnya berucap. Orang tak bodoh boleh menilai mana yang palsu mana yang tidak.

Bolehkah anda terima kata-kata" saya menyuruh undi BN sebenarnya membawa maksud supaya tidak mengundi BN". Tidakkah ini lawak? sebenarnya Khalid dalam keadaan tertekan.Betullah kata YAB TPM dihatinya ada UMNO dan BN.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.