Saturday, April 21, 2007

Khalid Tidak Mampu Bawa Perubahan - Najib

pilihanraya kini     10:17 PM    




Batang Berjuntai, 19 April 2007: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap calon PKR, Khalid Ibrahim, tidak akan mampu membawa sebarang perubahan kepada penduduk Ijok kerana ia akan berada di luar kerajaan.Katanya Khalid yang merupakan bekas CEO Guthrie dan PNB dulu menjadi tokoh korporat kerana beliau diberi peluang oleh kerajaan Barisan Nasional untuk memimpin sebuah badan besar.

"Tidak boleh buat apa-apa... walaupun berbuih-buih mulut dia (Khalid) bercakap, inilah realiti, tapi jika calon kita (K.Parthiban), dia bisik sahaja pada Menteri Besar (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) dia akan dengar dan terima pandangannya," kata Timbalan Perdana Menteri.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi bilik gerakan MIC dan Bilik Gerakan PPP di Batang Berjuntai di sini, Najib berkata calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu membawa apa-apa kepada pengundi kerana beliau berada di luar kerajaan.

Najib berkata bahawa BN adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian paling cemerlang dalam pembangunan negara, dan di bawah pemerintahan BN tahap perpaduan dan keharmonian negara adalah antara yang terbaik di dunia.Katanya kemenangan BN akan memastikan kesinambungan pembangunan kerana kawasan luar bandar seperti Ijok memerlukan pembangunan yang berterusan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk ke tahap yang lebih tinggi."Kalau Selangor merupakan negeri yang paling maju di Malaysia maka kawasan seperti Kuala Selangor dan Ijok adalah termasuk dalam perancangan kerajaan negeri Selangor untuk dimajukan ke tahap yang lebih tinggi," tambahnya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.