Thursday, April 19, 2007

PAS putar belit atau kena tunggang oleh Keadilan

pilihanraya kini     6:37 PM    




“PAS masih terikat dengan keputusannya memboikot pilihanraya sebagai membantah kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya yang adil dan bebas, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang” 16 April 2007

"PAS tidak akan memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April ini dan akan membantu kempen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan turun padang untuk membantu calon PKR berkempen di Ijok." Malaysiakini.com 17 April 2007


Pada 16 April 2007 Malaysiakini melaporkan “PAS masih terikat dengan keputusannya memboikot pilihanraya sebagai membantah kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya yang adil dan bebas, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang”

Katanya, sebelum ini, PAS telah memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam (Pahang) dan DUN Machap di Melaka.
Perkara ini dinyatakan Abdul Hadi selepas mesyuarat bulanan jawatankuasa PAS pusat di ibupejabat pentadbiran parti itu di Kuala Lumpur

Manakala Naib Presiden PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali pula mengumumkan pihaknya akan hanya membantu PKR di Ijok sekiranya, Bendahari Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dipilih sebagai calonnya.
PAS tidak jadi Boikot!!!

Namun pada 17 April 2007 malaysiakini.com telah melaporkan “
PAS tidak akan memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April ini dan akan membantu kempen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan turun padang untuk membantu calon PKR berkempen di Ijok.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pihak akan turun berkempen membantu PKR sepanjang kempen pilihanraya kecil itu.
Malah beliau bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Naib Presiden, Datuk Dr Hassan Ali akan menghadiri majlis pengumuman calon PKR di Ijok.

Anwar buat keputusan sendiri..

Pada mulanya, kata beliau, kepimpinan PAS mahu berunding terlebih dahulu dengan PKR mengenai pendirian parti itu dalam pilihanraya kecil Ijok. Bagaimanapun, katanya, sebelum sempat rundingan itu diadakan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan dalam satu majlis ceramah di Kedah, keputusan parti itu untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok

Siapa paling berkuasa?

Oleh kerana Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar merupakan anak didik Anwar Ibrahim maka beliaulah yang berusaha mendesak dan mempengaruhi Hadi Awang dan juga Nasarudin Isa (juga pro DSAI). Hadi Awang telah diperlekehkan. Jelas PAS dipatungkan dalam hal ini. PAS terpaksa menelan pahit dari permainan Anwar Ibrahim ini.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.