Saturday, April 28, 2007

TANGKAP MAHASISWA TERLIBAT BERKEMPEN DI IJOK!

pilihanraya kini     4:52 AM    


Gambar di atas ialah Mahasiswa UM- PMIUM ppro PAS iaitu Mohd Nasaie Ismail mahasiswa tahun akhir UM. Dulu beliau ialah Presiden Kelab Islam Hadhari UM (berlakon baik depan TNC sebagai kelab yang sokong kerajaan). Sekarangnya tembelangnya pecah. Beliau kelihatan dalam team parti Keadilan.
Anda telah faham mengapa Pemuda PAS pimpinan Salahuddin Ayub bermati-matian mengutuk Kementerian Pengajian Tinggi kerana mewujudkan pasukan pemantau IPTA? kerana situasi seperti inilah. PAS marah kerana anak-anak buahnya di universiti tidak dapat membantu kempen pilihan raya bukan sahaja di Machap tetapi juga di Ijok.
Ada banyak lagi koleksi gambar mahasiswa daripada UPM, UKM, USM, UIAM, UPSI dan lain-lain lagi yang telah ditangkap. Jadi pihak universiti mesti mengambil tindakan tatatertib kerana penglibatan mereka. Surat tatatertib (Kaedah-kaedah Tatatertib) mesti dihantar kepada kedua ibubapa mereka. Inikah mahasiswa? kan lebih baik memberi tumpuan kepada pelajaran?
Terima kasih kepada pemantau IPTA yang rajin buat kerja. TANGKAP.. TANGKAP.

2 comments :

Anonymous said...

tp bakpe tak gi tengok kat uitm, bakper hishamuddin paksa kami gi kovokesyen umno? bila pensyarah paksa dan beri wang pada kami sokong umno? ini hak sungguh, saya umno jugak...tapi dokla nak main mengelat gini...pmbgkg tak blh tp kita blh,kita wat peraturan kita langgar..tak ker bengong org gini, macam sedara ar yang rosakkan umno

Anonymous said...

yang mahasiswa p jd penyokong umno, tlong pasangkn bndera BN bla nk pilihanraya, sogok dgn duit spya p program umno, paksa p kem yang anti pembangkang bleh plak... ish3.. klau penyokong kerajaan x adil,blajaq dr mana jd xadil pn xtau lah.. nmpk sgt undang2 sivil 2 x adil.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.