Thursday, April 19, 2007

Thirumoorthy kembali sokong calon BN

pilihanraya kini     5:19 AM    


NAJIB Tun Razak menyaksikan Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, P. Thirumoorthy (kanan) memberi sokongan kepada K. Parthiban yang akan mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Ijok, selepas pelancaran jentera BN di Ijok, Kuala Selangor, malam tadi. Turut sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (kiri) dan S. Samy Vellu
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, P. Thirumoorthy yang mengumumkan hasrat meletakkan jawatan kelmarin kerana kecewa tidak dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hari ini kembali menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), K. Parthiban.
Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan dan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua ahli menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan.

‘‘Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa saya menerima keputusan yang telah dibuat oleh parti dan menyokong penuh calon BN pada pilihan raya kecil Ijok,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan MIC Kuala Selangor di sini, hari ini.

Isnin lalu, Thirumoorthy yang menjadi Ketua MIC Kuala Selangor sejak 1994 mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan itu kerana kecewa tidak dipilih sebagai calon dan mendakwa beliau layak kerana sudah menyertai MIC sejak 1974.

Ditanya statusnya dalam parti MIC kini, beliau menjelaskan: “Hanya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang berhak menentukan status saya.

Sehingga kini saya masih menganggap saya ahli MIC kerana saya tidak hantar surat peletakan secara rasmi kepada parti sebaliknya hanya mengumumkan kepada media saja.”

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.