Monday, April 30, 2007
Pengundi Ijok buat pilihan bijak
Barisan Nasional mencatatkan kemenangan selesa dalam pilihan raya kecil terakhir yang diadakan dalam penggal ini.Calon Barisan Nasional (BN) K. Parthiban mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1850 undi.
K. Parthiban menerima 5884 undi manakala calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim menerima 4034 undi. Sebanyak 122 kertas undi diisytiharkan rosak.
Saturday, April 28, 2007
TANGKAP MAHASISWA TERLIBAT BERKEMPEN DI IJOK!
Khalid tertekan dengan kenyataannya sokong BN!

Setelah TV3 dan RTM menayangkan ceramahnya semasa berkempen kita mesti tergelak besar apabila beliau berkempen untuk BN. memang melucukan. Siapa yang buat Joke sebenar? BN ke KeADILan?
Malam akhir berkempen di Bukit Badong berhempas pulas Khalid menjelaskan kenyataannya. Sempatkah Khalid menerangkan kepada pengundi mengenai kenyataannya? memang sungguh suntuk. Penyebaran TV sudah tentu lebih hebat kerana rakyat seluruh negara menjadi saksi mengenai kenyataannya. Benarkah video telah disunting? tengoklah baik-baik gerakan mulutnya berucap. Orang tak bodoh boleh menilai mana yang palsu mana yang tidak.
Bolehkah anda terima kata-kata" saya menyuruh undi BN sebenarnya membawa maksud supaya tidak mengundi BN". Tidakkah ini lawak? sebenarnya Khalid dalam keadaan tertekan.Betullah kata YAB TPM dihatinya ada UMNO dan BN.
Fikrah terbitkan calon PKR minum arak!!

Thursday, April 26, 2007
KHALID SENDIRI SOKONG BN
Beberapa penyokong PKR yang menyedari perkara itu lantas melaung "Tan Sri tercakap salah, Tan Sri tercakap salah" kepada hadirin bagi membetulkan kenyataan.
Ini membuatkan hadirin terus ketawa manakala penyokong BN, yang turut mengikuti ceramah itu, bertepuk tangan.
note : Sebenarnya Khalid Ibrahim memang dari dulu lagi bercita-cita menjadi wakil rakyat BN tetapi beliau tidak layak. Mungkin ketika dia sedang berucap ini beliau membayangkan beliau wakil rakyat BN. Nampak sangatttttt anwar ibrahim tunggang Tan Sri sekor nih !!!
sumber idea : http://tipugila.blogspot.com/
Poster Tan Sri Khalid !!! Sila Cetak dan edar!!!
Tuesday, April 24, 2007
Khalid Ibrahim yang kaya raya dan rasuah!
Istana Khalid Ibrahim tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Rumah yang berharga berjuta ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu. Fakta-fakta mengenai Khalid Ibrahim yang orang perlu tahu ialah : -

Keputusan Hakim mengenai Kes Anwar Ibrahim

Monday, April 23, 2007
Wajah Pemimpin PKR: Penuh Kepalsuan
Sunday, April 22, 2007
Istana Tan Sri Khalid Ibrahim - Memang kaya!!
Pada Isnin ini TKI akan mengumumkan Projek Pembangunan Rakyat Ijok. Pembangunan rakyat ke pembangunan sendiri? Ada impian nampaknya mahu menambah kekayaan. PERISTIWA SEBENAR: Insiden Keganasan Penyokong KeADILan
Lebih jelas sila klik gambarHalal untuk mereka.Haram untuk orang lain!!
Saturday, April 21, 2007
Halang MAFREL dari buat pemantauan pilihanraya ijok.
MAFREL atau Malaysian For Free Elections. Dimulakan pada 1999, tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. 3 org pekerja bergaji US Dollar . Diketuai Oleh Malek Hussin sahabat Anwar Ibrahim.
Adalah jelas MAFREL digunakan oleh Anwar Ibrahim bagi tujuan kepentingan peribadinya. justeru pihak kerajaan mesti menghalang pertubuhan ini daripada membuat pemantauan.
Adakah samseng Keadilan telah datang di Ijok?
Menurut beberapa sumber samseng Cina dijaga oleh Tian Chua dan samseng India dijaga oleh Nallakaruppan. Jadi sebarang perkara yang berlaku di Ijok melibatkan keganasan adalah dirancang oleh samseng-samseng ini.
Khalid Tidak Mampu Bawa Perubahan - Najib

Batang Berjuntai, 19 April 2007: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap calon PKR, Khalid Ibrahim, tidak akan mampu membawa sebarang perubahan kepada penduduk Ijok kerana ia akan berada di luar kerajaan.Katanya Khalid yang merupakan bekas CEO Guthrie dan PNB dulu menjadi tokoh korporat kerana beliau diberi peluang oleh kerajaan Barisan Nasional untuk memimpin sebuah badan besar.
Friday, April 20, 2007
Kaum India di Ijok tidak puas hati calon adalah Khalid
Thursday, April 19, 2007
PAS putar belit atau kena tunggang oleh Keadilan

“PAS masih terikat dengan keputusannya memboikot pilihanraya sebagai membantah kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya yang adil dan bebas, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang” 16 April 2007
"PAS tidak akan memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April ini dan akan membantu kempen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan turun padang untuk membantu calon PKR berkempen di Ijok." Malaysiakini.com 17 April 2007
Pada 16 April 2007 Malaysiakini melaporkan “PAS masih terikat dengan keputusannya memboikot pilihanraya sebagai membantah kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya yang adil dan bebas, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang”
Katanya, sebelum ini, PAS telah memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam (Pahang) dan DUN Machap di Melaka.
Perkara ini dinyatakan Abdul Hadi selepas mesyuarat bulanan jawatankuasa PAS pusat di ibupejabat pentadbiran parti itu di Kuala Lumpur
Manakala Naib Presiden PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali pula mengumumkan pihaknya akan hanya membantu PKR di Ijok sekiranya, Bendahari Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dipilih sebagai calonnya.
PAS tidak jadi Boikot!!!Namun pada 17 April 2007 malaysiakini.com telah melaporkan “
PAS tidak akan memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April ini dan akan membantu kempen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan turun padang untuk membantu calon PKR berkempen di Ijok.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pihak akan turun berkempen membantu PKR sepanjang kempen pilihanraya kecil itu.
Malah beliau bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Naib Presiden, Datuk Dr Hassan Ali akan menghadiri majlis pengumuman calon PKR di Ijok.
Anwar buat keputusan sendiri..
Pada mulanya, kata beliau, kepimpinan PAS mahu berunding terlebih dahulu dengan PKR mengenai pendirian parti itu dalam pilihanraya kecil Ijok. Bagaimanapun, katanya, sebelum sempat rundingan itu diadakan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan dalam satu majlis ceramah di Kedah, keputusan parti itu untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok
Siapa paling berkuasa?
Oleh kerana Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar merupakan anak didik Anwar Ibrahim maka beliaulah yang berusaha mendesak dan mempengaruhi Hadi Awang dan juga Nasarudin Isa (juga pro DSAI). Hadi Awang telah diperlekehkan. Jelas PAS dipatungkan dalam hal ini. PAS terpaksa menelan pahit dari permainan Anwar Ibrahim ini.
Khalid Hina Penduduk Ijok Tidak Cukup Makan
"Parti Keadilan menyeru masyarakat di Ijok untuk pergi makan di tempat BN jika lapar dan mengambil wang "“Orang Ijok kini berpendidikan, pandai-pandai, malah anak pekerja ladang pun sudah masuk universiti, dah jadi usahawan.
Pertandingan Satu Lawan Satu BN dan PKR Di Ijok
Polis Beri Amaran Tindakan Tegas Bagi Yang Cuba Gugat P/raya Kecil

TINDAKAN TEGAS… Tan Sri Musa Hassan (kanan) pada persidangan media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor. Di sebelah beliau ialah Ketua Polis Selangor Datuk Ismail Omar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi amaran terhadap pihak yang didapati cuba mengambil kesempatan menggugat kelancaran perjalanan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, tindakan tegas menanti mereka.
Beliau berkata 1,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas di Ijok sehingga hari pengundian nanti bagi memastikan sebarang insiden tidak diingini, seperti kes pergaduhan pada pilihan raya kecil DUN Machap, Melaka, baru-baru ini, tidak berulang.
Insiden pergaduhan di Machap pada 3 April lalu dilaporkan membabitkan beberapa penyokong parti MIC dan DAP pada hari penamaan calon pilihan raya kecil kawasan berkenaan, yang menyaksikan polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun bagi membantu siasatan.
"Saya harap semua yang terlibat mematuhi undang-undang. Kalau semua patuhi undang-undang, saya rasa tidak akan timbul sebarang masalah," katanya kepada pemberita pada persidangan media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di sini, hari ini. Turut serta pada sidang media itu ialah Ketua Polis Selangor Datuk Ismail Omar dan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ibrahim Chin.
Musa sebelum itu mendengar taklimat oleh Ismail berhubung persediaan pasukan polis menghadapi pilihan raya kecil DUN Ijok yang dijadual berlangsung pada 28 April ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk K. Sivalingam yang diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Chennai, India pada 4 April lalu.Esok adalah hari penamaan calon manakala pengundian ialah pada 28 April ini. -- BERNAMA
Thirumoorthy kembali sokong calon BN

NAJIB Tun Razak menyaksikan Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, P. Thirumoorthy (kanan) memberi sokongan kepada K. Parthiban yang akan mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Ijok, selepas pelancaran jentera BN di Ijok, Kuala Selangor, malam tadi. Turut sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (kiri) dan S. Samy Vellu
‘‘Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa saya menerima keputusan yang telah dibuat oleh parti dan menyokong penuh calon BN pada pilihan raya kecil Ijok,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan MIC Kuala Selangor di sini, hari ini.
Isnin lalu, Thirumoorthy yang menjadi Ketua MIC Kuala Selangor sejak 1994 mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan itu kerana kecewa tidak dipilih sebagai calon dan mendakwa beliau layak kerana sudah menyertai MIC sejak 1974.
Ditanya statusnya dalam parti MIC kini, beliau menjelaskan: “Hanya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang berhak menentukan status saya.
Sehingga kini saya masih menganggap saya ahli MIC kerana saya tidak hantar surat peletakan secara rasmi kepada parti sebaliknya hanya mengumumkan kepada media saja.”
Kerajaan Selangor tunai semua janji kepada bekas Adun: Dr Mohamad Khir

GIAT KEMPEN:
Dr Mohamad Khir dan Shahrizat (tiga dari kanan) menyerahkan pakaian BN
kepada Ketua Cawangan Wanita BN ketika
melancarkan Jentera Gempur Wanita BN, di Ijok, semalam.
Najib: BN Bukan Parti Yang Memainkan Sentimen Perkauman
Katanya, ini dapat dilihat dengan tindakan BN meletakkan calon dari MIC pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April ini walaupun Ijok mempunyai lebih 50 peratus pengundi Melayu dan 27 peratus pengundi India daripada jumlah 12,272 pengundi.
"Tetapi atas semangat setiakawan di antara kaum, BN telah meletakkan calon dari MIC, K. Parthiban sebagai calon," katanya semasa berucap melancarkan jentera pilihan raya kecil BN di Ijok, dekat sini malam ini.
Beliau berkata tindakan BN mementingkan kerjasama antara kaum pada pilihan raya kecil sebelum ini telah terbukti berjaya.Ini dapat dilihat dengan kemenangan BN pada pilihan raya kecil DUN Batu Talam, Pahang pada awal tahun ini dan DUN Machap, Melaka pada minggu lepas, katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Agung BN Datuk Seri Mohd Radzi Sheik Ahmad, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Setiausaha Agung MCA Datuk Ong Ka Chuan serta lebih 3,000 penyokong dan anggota BN.
Pilihan raya kecil DUN Ijok diadakan berikutan kematian Datuk K. Sivalingam, pada 4 April lepas akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Chennai, India.-- BERNAMA
Parthiban lebih layak – Khir Toyo
Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjelaskan, kedua-dua mereka mempunyai keistimewaan masing-masing tetapi Parthiban mempunyai latar belakang yang lebih meyakinkan dari segi pendidikan, usia dan penerimaan orang ramai di kawasan tersebut.
‘‘Kita tengok latar belakang Parthiban adalah lebih baik, penerimaan masyarakat terhadap beliau dengan usia yang muda, mempunyai kelayakan dalam pelajaran dan amat penting fasih berbahasa Melayu kerana 61 peratus pengundi merupakan orang Melayu.
‘‘Kita mahu memberi sesuatu yang istimewa kepada penduduk Ijok dalam pilihan raya kecil ini. Ini juga adalah kehendak penduduk Ijok sendiri, maka Parthiban adalah calon yang amat sesuai,” katanya selepas menghadiri program amal Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis), di Kompleks Wawasan Balkis di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor mengulas mengenai peletakan jawatan Thirumoorthy, 55, yang turut diikuti oleh Ketua MIC cawangan di Kuala Selangor semalam selepas pengumuman Parthiban sebagai calon BN dibuat.
Dalam pada itu, Mohamad Khir menyifatkan tindakan berebut-rebut untuk menjadi calon dalam pilihan raya bukan perjuangan sejati BN tetapi adalah perjuangan yang mementingkan individu.
‘‘Walaupun mungkin ada masalah dengan pemimpin MIC tetapi sebagai pejuang tulen, kita perlu terus sokong BN.
‘‘Tetapi kalau sudah marah kerana tak dapat jadi calon itu sudah menjadi perjuangan individu. Memang kita ada kelayakan dan rasa kita layak tetapi presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tahu siapa lebih layak,” katanya.
Mengenai surat peletakan jawatan Thirumoorthy, beliau berkata, soalan itu perlu diajukan kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
‘‘Setakat ini BN Selangor tidak menerima apa-apa surat atau dimaklumkan mengenai peletakan jawatan.
‘‘Bagaimanapun, kita akan lihat perkembangan tindakan beliau dalam beberapa hari ini. Saya harap ada sesuatu yang positif,” jelasnya.
Dalam pada itu, katanya, 12 ketua MIC cawangan yang dikatakan oleh Thirumoorthy turut meletakkan jawatan juga diragui kesahihannya.
‘‘Saya diberitahu 12 cawangan ini tidak langsung melibatkan Ijok. Yang kita pentingkan sekarang adalah perpaduan dalam Ijok.
‘‘Saya juga dimaklumkan sebelum ini hanya enam tidak menyertai mesyuarat MIC Selangor baru-baru ini dan semalam semasa pengumuman calon, kesemua mereka sudah kembali,” katanya
Tuesday, April 17, 2007
Parthiban ada kriteria wakil rakyat
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yakin calon Barisan Nasional (BN), K. Parthiban, 38, yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April ini mampu menawan hati pengundi.
Beliau berkata, sebagai anak tempatan, anak muda yang berpendidikan tinggi itu juga mampu memahami keperluan dan aspirasi penduduk.
Menurut beliau, pengundi juga kebiasaannya akan memilih calon yang dapat memberikan khidmat sepanjang masa dan bukan sekadar bercakap kosong.
‘‘Parthiban mempunyai semua kriteria untuk menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, komited, mesra rakyat dan mementingkan kesejahteraan rakyat.
‘‘Beliau mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan parti-parti komponen BN yang lain terutamanya UMNO,’’ katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan selepas pengumuman calon BN oleh Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Dewan Harmoni, Batang Berjuntai hari ini.
Menurut beliau, Parthiban juga fasih dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.
‘‘Ini membolehkan beliau berkomunikasi dengan orang ramai,’’ katanya.
Samy berkata, MIC percaya pengundi akan memilih calon berdasarkan latar belakang pendidikan serta khidmatnya kepada rakyat dan bukan berdasarkan kaum.
Beliau berkata, BN merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang berjaya memimpin negara ini sejak merdeka kerana formula kongsi kuasa yang diamalkan.
Katanya, formula tersebut memberi peluang kepada semua kaum diwakili sama ada di peringkat Parlimen dan DUN.
‘‘Semangat bersatu dalam perjuangan dan semangat berkongsi kuasa adalah tunjang kekuatan negara bermula dari peringkat merintis perjuangan kemerdekaan sehinggalah mengurus sebuah negara merdeka yang berjaya,’’ jelasnya.
Tambah beliau, BN telah berjaya mencapai persefahaman yang mencakupi aspirasi semua kaum.
‘‘Walaupun calon BN dari parti MIC tetapi Parthiban akan berkhidmat untuk semua kaum. Ini merupakan tradisi dan tanggungjawab setiap parti dalam BN,’’ ujarnya.
Monday, April 16, 2007
Parthiban calon BN untuk pilihan raya kecil Ijok

Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo, yang juga Menteri Besar Selangor, mengumumkan nama beliau di hadapan kira-kira 3,000 penyokong BN di Dewan Harmoni, Batang Berjuntai di sini petang ini.
Hadirin yang memenuhi dewan itu secara spontan memberikan sorakan sokongan yang kuat sebaik saja nama Parthiban diumumkan pada pukul 5.20 petang, yang turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1.
Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy; dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Dalam ucapannya, sejurus selepas diperkenal oleh Dr. Mohd Khir, Parthiban berjanji kepada para penyokong dan pengundi di kawasan DUN Ijok bahawa beliau akan meneruskan tradisi BN untuk membela rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Saya akan pastikan kerusi ini kekal di tangan BN, saya merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan tolonglah saya,” katanya.
Beliau juga berjanji akan meneruskan semua pembangunan yang dirancang dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan.
Dilahirkan pada 6 Okt., 1968 di Ladang Raja Musa, Kuala Selangor, Parthiban, adalah juga Setiausaha MIC bahagian Tanjung Karang dan bekas pegawai Ko-akademik di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor.
Beliau turut menyandang jawatan utama dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk sebagai Presiden Majlis Gabungan Persatuan-persatuan Belia Daerah Kuala Selangor.
Beliau juga Presiden Kelab Bola Sepak Permatang; Pengerusi Persatuan Belia Hindu (HYO) Tanjung Karang dan Rukun Tetangga Raja Musa, Kuala Selangor; Setiausaha Persatuan Pelajar Sri Sakti Kuala Selangor; selain pernah menjadi Setiausaha Kelab Belia Tamil Kuala Selangor dari 1990 sehingga 2001.
Beliau juga ialah ahli panel Mahkamah Juvana Kuala Selangor dan ahli panel pelawat Hospital Tanjong Karang.
Parthiban, berkelulusan sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan Universiti Malaya, serta Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (B.Sc.(Hons)) dari universiti yang sama.
- Bernama
BN sedia hadapi isu perkauman
Beliau yang juga Pengerusi BN Selangor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor menegaskan, jentera pilihan raya BN sedar bahawa parti pembangkang akan memainkan sentimen perkauman terutama pemilihan calon dari MIC dikawasan yang mempunyai 50 peratus pengundi orang Melayu.
‘‘Saya percaya bahawa parti pembangkang akan memainkan isu mengenai pemilihan calon dari MIC bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok memandangkan kerusi itu telah ditetapkan untuk MIC,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Program Satu Rumah Satu Pokok di Ara Damansara dekat sini hari ini.
Pilihan raya kecil DUN Ijok di adakan berikutan kematian Datuk K. Sivalingam, 59, yang diserang sakit jantung di Chennai, India pada 4 April lepas.
Mohamad Khir menegaskan, BN tetap dengan pendirian untuk menamakan calon bagi pilihan raya itu dari MIC kerana berpegang kepada prinsip perkongsian kuasa.
‘‘Ini adalah pendirian kita dan sekiranya ia menyebabkan pemilihan calon dari MIC ini akan menyebabkan pembangkang memainkan isu perkauman, BN akan memastikan isu ini tidak akan menjejaskan para pengundi.
‘‘Kita percaya pengundi-pengundi di Ijok matang dan tidak mudah untuk terpedaya dengan muslihat parti pembangkang yang akan memainkan isu perkauman terutama dari segi calon bagi kawasan tersebut,’’ katanya.
Ditanya mengenai calon yang akan mewakili BN dalam pilihan raya tersebut, Mohamad Khir memberitahu, calon yang dipilih adalah di kalangan golongan muda dan penduduk tempatan.
Jelasnya, calon yang dipilih itu dilihat mampu untuk mewakili semua kaum di dalam kawasan DUN Ijok.
‘‘Saya dan Pengerusi MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan mengumumkan calon BN bagi pilihan raya kecil itu esok, cuma apa yang dapat saya katakan ialah calon itu mencerminkan keprihatinan parti untuk menjaga kepentingan serta mewakili semua kaum di kawasan tersebut,’’ katanya.
Mohamad Khir memberitahu, beliau yakin calon yang dipilih itu akan mendapat sokongan pengundi di DUN Ijok.
Pemuda BN beri amaran dedah helah pembangkang
Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu perlu kerana helah seperti itu tidak membantu usaha pembangunan rakyat di Ijok.
Beliau turut menyifatkan pembangkang ketandusan isu dan terdesak sehingga sanggup menggunakan taktik serangan peribadi serta isu perkauman untuk meraih undi.
“Mereka (pembangkang) ini merupakan golongan ‘desperado’ (terdesak) dan berfikiran sempit dengan menimbulkan perpecahan serta huru-hara dalam masyarakat dalam setiap pilihan raya.
“Taktik seumpama ini mereka gunakan di Machap dan dalam pilihan raya di Ijok ini, kita akan ikuti setiap inci pergerakan mereka.
“Kita akan berusaha supaya majoriti kemenangan yang besar diperoleh hasil persefahaman parti-parti komponen serta kematangan dan kemantapan kepimpinan BN,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata demikian selepas melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Ijok bagi Pemuda BN di sini hari ini.
Turut hadir dalam pelancaran tersebut ialah Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Naib Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin serta barisan pimpinan Pemuda parti-parti komponen BN.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, jentera pilihan raya Pemuda BN mua digerakkan hari ini sehingga hari pengundian pada 28 April.
“Kita akan bergerak mulai hari ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Kita akan bersama-sama dengan setiap bahagian bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya ini,” ujarnya.









