Monday, October 8, 2007

PAS AJAK MAHASISWA MENGGANAS!

PAS AJAK MAHASISWA MENGGANAS!

MENCONTOHI BATU BUROK TERENGGANU


Gambar: Surat daripada Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar PAS Pusat

Surat Abdullah Abdul Karim Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa PAS Dewan Pemuda PAS Pusat MAHASISWA LAWAN HABIS-HABISAN KAMI AKAN MEMBELA ANDA Penamaan calon bagi Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar seluruh IPTA tempatan sudah berlangsung pada 26hb September lepas dan pengundian akan dijalankan pada 2hb Oktober 2007.


Merujuk kenyataan saya sebelum ini dalam Harakahdaily pada 28 September 2007. Sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS, Saya ingin membuat seruan kepada mahasiswa-mahasiswa pro mahasiswa di kampus bersama parti-parti Barisan Alternatif , NGO-NGO, kita jangan berselindung lagi.


Marilah kita turut serta bergiat secara aktif dalam politik pelajar. Kami daripada Dewan Pemuda PAS dengan ini mengisytiharkan campurtangan dan jihad ke atas golongan mereka. Semakin kita mengelak, maka semakin bobrok situasi di dalam kampus dan jangan harap produk kampus tempatan akan berani untuk menyokong kita apabila tamat pengajian kelak. Mari kita 'bakulsampahkan' Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 itu yang telah sekian lama dijadikan bahan ugutan kepada pelajar supaya menjauhi kita.



Kepada mahasiswa, lakukan apa sahaja untuk menentang ketidakadilan dan diskriminasi sepanjang pilihan raya kampus sesi ini. Kalau perlu berdemonstrasi, maka berdemonstrasilah dengan penuh berani sebagaimana saudara-saudara kita berjuang bermati-matian dengan membaling batu dan bom petrol (Molotov cocktail) untuk menentang kerajaan Barisan Nasional di Batu Buruk, Terengganu.


Di kampus kita harus sebagai orang muda kita harus jauh lebih berani untuk menafikan rejim aspirasi daripada terus membuat kemungkaran di kampus. Laksanakan kempen secara terbuka. Edarkan risalah-risalah anda secara terbuka. Gunakan senjata yang ada untuk mempertahankan diri, aspirasi telah menggunakan pengawal keselamatan dan polis untuk mengugut kita, usah takut pada mereka.


Jika ada yang ditangkap atau didakwa di mahkamah universiti, jangan risau dan takut, kerana kami Pemuda PAS dan KeADILan akan membela anda. * Surat ini menyebabkan seorang Mahasiswa MAMPU (pelajar tahun 3 dari Kelantan) ditahan polis kerana disyakimenyebar surat dan telah berdemonstrasi bermotor mengganggu ketenteraman di UKM dengan cara ganas.
sumber: mana2 web yang berkaitan