Thursday, January 3, 2008

Betapa takutnya pembangkang!!!!

pilihanraya kini     9:52 PM    

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman hari ini mencabar parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.


Beliau menegaskan, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihan raya tersebut jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan rayadi Malaysia penuh dengan penyelewengan.

Ab. Rashidyang berasa amat kesal dengan tindakan itunmahu pembangkang lebih rasional dan bertanggungjawab sebelum melemparkan dakwaan.


‘‘Saya cabar mereka supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang jika mereka terus menuduh SPR dengan tuduhan yang bukan-bukan. Apa yang mereka tidak kata kepada SPR.
‘‘Macam-macam mereka tuduh SPR terutama isu pengundi hantu. Mereka kata SPR menyeleweng kerana hendak bantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali,’’
"Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.

‘‘Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.

“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’ tambahnya.


Menteri Besar Kelantan mahu terus bertanding

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, namun secara peribadi beliau tetap mahu bertanding pada pilihan raya nanti demi moral penyokong Pas.

“Itu sekiranya keputusan (semua) pembangkang (untuk boikot), saya ikutlah tetapi secara peribadi saya tetap nak bertanding (pada pilihan raya umum ini),” katanya kepada para pemberita selepas majlis Meraikan Petugas Banjir Negeri Kelantan di kediaman rasmi beliau di JKR 10 di sini hari ini.

Menurutnya, dalam soal pilihan raya umum, tidak ada pihak yang boleh melarang kerana ia hak setiap parti untuk bertanding sementara SPR pula tugasnya untuk menguruskan pilihan raya dengan adil.

‘‘Tak perlu kami (kena) percaya SPR baru (hendak) bertanding. Kami percaya ke, kami tak percaya ke, kami tetap akan bertanding kerana itu demokrasi. Tapi SPR kalau tahu benda ini tak betul, tak telus, dosa atas dia, tanggunglah.

‘‘Namun kalau pimpinan parti pembangkang nak boikot, itu saya kena akurlah sebab saya orang parti. Tapi kalau tanya saya, saya kata bertanding. Dosa pahala atas dia (SPR),” katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.