Tuesday, January 15, 2008

Debat Salahuddin dan Tan Sri Rashid membuang masa!!!

pilihanraya kini     2:40 PM    


Cabaran debat: Salahuddin tunggu jawapan Rashid

Dewan Pemuda PAS pusat (DPP) masih menunggu jawapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berhubung cabaran berdebat secara terbuka mengenai ketelusan pilihanraya di negara ini.Isnin lalu lalu, Ketua DPP, Salahuddin Ayub, mencabar Abdul Rashid untuk mengadakan debat secara terbuka mengenai isu ketelusan SPR mengendalikan perjalanan pilihanraya di negara ini.


Salahuddin berkata, jika Abdul Rashid gagal menyambut cabaran tersebut, maka ia membuktikan bahawa pengerusi SPR itu "hanya berani bercakap menghentam pembangkang tetapi tidak berani bersemuka".
Untuk apa berdebat dengan Salahuddin?
Salahuddin Ayub seorang pemimpin PAS yang gila glamor. Adakah wajar untuk Tan Sri Rashid? sudah tentulah berdebat ini sangat-sangat membuang masa. SPR telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Yang pasti PAS dan pembangkang yang beria-ia sangat sebelum ini membikot pilihan raya. Bukan sesiapa. yang jelas pembangkang telah tahu bahawa boikot mereka selama ini gagal. Dan boikot hanya akan berlaku jika mereka tahu mereka akan kalah di kawasan itu.

Buktinya amat jelas apabila mereka menarik diri di Batu Talam, Pahang. Mengapa DUN Machap (DAP) dan DUN Ijok (PKR) mereka tidak memboikot pilihan raya? sebabnya mereka yakin boleh menang. sayang sekali mereka tetap gagal. Ini bukti bahawa yang sebenarnya tewas adalah pembangkang.

Sila rujuk yang mengesahkan bahawa yang bermain sandiwara ialah pembangkang?

jadi cabaran terhadap Rashid adalah gimik politik sahaja.
oleh itu untuk apa Rashid mahu menerima cabaran Boikot.
Buang Masa dan Tabiat sahaja. Rashid awak ada banyak kerja lagi boleh buat berbanding berdebat.!!!! Sila ingat itu.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.