Wednesday, February 13, 2008

Akhirnya Parlimen Bubar

pilihanraya kini     4:24 PM    


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini.Abdullah mengumumkan pembubaran tersebut dalam satu sidang akhbar khas di pejabatnya pada jam 12.30 tengahari tadi.Katanya, kerajaan-kerajaan negeri juga telah dinasihatkan supaya mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, juga berkuatkuasa hari ini.


Bagaimanapun, bagi Sarawak, pilihanraya umum kali ini hanya membabitkan kerusi Parlimen.Demam pilihanraya sudahpun bermula sejak awal tahun ini ekoran ramalan para pemerhati politik dan juga ahli-ahli politik bahawa pilihanraya umum akan didadakan bulan depan.Sebelum ini, penganalisa politik dan pihak media juga meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada 13 Februari (hari ini) kerana 13 merupakan nombor kegemaran Perdana Menteri.SPR mesyuarat esokBercakap dalam sidang akhbar tersebut, Perdana Menteri berkata, beliau telah mengadap Seri Paduka pagi tadi dan baginda telah berkenan supaya Parlimen ke-11 dibubarkan berkuatkuasa hari ini bagi membolehkan pilihanraya umum ke-12 diadakan.


“Seri Paduka telah menandatangani pengisytiharan pembubaran Parlimen hari ini. Kerajaan-kerajaan negeri juga telah dinasihatkan supaya mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa pada tarikh yang sama,” katanya.Menurut Abdullah lagi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Parlimen telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.Perdana Menteri berkata, SPR akan menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya umum ke-12.SPR dilaporkan akan mengadakan mesyuaratnya esok berhubung perkara tersebut.


Ditanya mengapa semalam beliau mengatakan bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini, Abdullah menjawab:“Saya tak boleh beri sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran Parlimen kerana Yang di-Pertuan Agong belum lagi buat keputusan...macam mana saya nak buat kenyataan... (atau) bagi isyarat... tak boleh...Yang di-Pertuan Agong belum buat keputusan...”Buat penilaianDitanya mengenai signifikan 13 Februari untuk membubarkan Parlimen, Perdana Menteri menjawab: “Tidak perlu ulas...yang penting Yang di-Pertuan Agong telah buat keputusan memperkenankan hari ini Parlimen dibubarkan.”

Menjawab soalan wartawan seterusnya, Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) berharap mendapat kemenangan besar, sekurang-kurangnya dua pertiga.Beliau juga berkata, jentera pilihanraya BN telahpun disusun dan akan digerakkan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-12.


Ditanya mengenai muka-muka baru yang akan diketengahkan oleh BN kali ini, Abdullah Berkata: “Bila senarai ditetapkan maka waktu itu kita akan tahu berapa muka lama dan berapa muka baru.”Perdana Menteri juga menasihatkan pengundi supaya memahami perkara dan isu-isu yang berkaitan dengan negara dan secara objektif membuat penilian bila tiba masanya untuk mengundi.“Harapan saya semasa pilihanraya ini terutama pada hari pencalonan dan pengundian, tiada apa-apa gangguan yang akan menyusahkan rakyat kita untuk pergi ke tempat undi untuk melaksanakan hak mereka untuk mengundi calon pilihan mereka,” tambahnya.


Tentu tarikhSementara itu, SPR yang akan bermesyuarat esok akan menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihanraya umum ke-12.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, SPR akan membincangkan pelbagai perkara dalam menentukan kedua-dua tarikh itu, termasuk keadaan negara dan keselamatan masyarakat."SPR akan memberikan ruang yang sesuai untuk tempoh pencalonan dan seterusnya tempoh berkempen sebelum pengundian diadakan," katanya dalam wawancara secara langsung dengan RTM.Wawancara itu disiarkan selepas perdana menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, berkuatkuasa hari ini bagi mengadakan pilihanraya umum. Rashid berkata SPR akan mengkaji keadaan semasa bagi menentukan pilihanraya diadakan dalam keadaan yang selamat dan kondusif.

2 comments :

azezazeza said...

Salam,
Korang tidak akan kemana dengan mengeluarkan pendapat yang memburuk-buruk kan lawan kamu.Gunalah pendekatan yang lebih bersangka baik. Adanya orang seperti kamulah lah Pas boleh menang di kelantan.(merujuk kpd rungan disebelah kanan blog ini)

azezazeza said...

Salam,
Korang tidak akan kemana dengan mengeluarkan pendapat yang memburuk-buruk kan lawan kamu.Gunalah pendekatan yang lebih bersangka baik. Adanya orang seperti kamulah lah Pas boleh menang di kelantan.(merujuk kpd rungan disebelah kanan blog ini)

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.