Thursday, February 14, 2008

Sombong Hadi Awang Di Kepala Batas

pilihanraya kini     12:23 AM    


SOMBONGNYA HADI AWANG


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia bertanding satu lawan satu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kawasan Parlimen Kepala Batas dalam pilihanraya umum ke-12 ini.

Katanya beliau akur untuk bertanding di kawasan tersebut jika itu yang dimahukan oleh parti berkenaan.

"Kalau parti minta saya bertanding (di Kepala Batas), saya sedia. Saya ikut keputusan parti. (Tetapi) bertanding atau tidak bertanding bukannya penting, yang penting kita buat kerja untuk perubahan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Kuala Terangganu ketika bagi mengulas pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, demikian menurut Bernama.

Abdul Hadi, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang, bagaimanapun berkata keputusan muktamad mengenai perkara itu terserah kepada PAS Pulau Pinang untuk menentukannya.
Akhir sekali Hadi Awang kata beliau juga bersedia untuk bertanding di kawasan-kawasan lain jika dicalonkan untuk berbuat demikian. Inilah drama Hadi Awang. Terengganu pun boleh kalah tak akan boleh menang di Kepala Batas.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.