Wednesday, June 18, 2008

Kita Bertemu Di Sanglang Perlis

pilihanraya kini     2:03 PM    

KANGAR 18 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu dikosongkan apabila mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi itu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut. Keputusan itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil untuk kawasan tersebut.
Dato' Rozabil Abdul Rahman di sebelah kiri adalah Ketua Pemuda UMNO Arau merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis, bersama dengan YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau dan Dato' Norza Zakaria (Ketua Pemuda UMNO Wilayah, penaja UMNO Reform).



Inilah bakal calon BN di DUN Sanglang. Rozabil Abdul Rahman adalah bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Shahidan Kassim. Rozabil adalah adik kepada Rozaid Abdul Rahman, bekas SU Akhbar Khaled Nordin di Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi. Rozabil memang sudah lama bercita cita hendak menjadi YB di Sanglang tetapi hajatnya tidak kesampaian bila dicantas oleh orang Dato' Azmi dan Dato' Radzhi. Kali ini peluang Rozabil terbuka luas. Rozabil yang memang sahabat baik dengan Khairy sejak di London lagi akan menjadi bakal YB di Sanglang. Seterusnya mempersiapkan dirinya untuk menggantikan YAB Mat Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis pada penggal 2012. Rozabil juga bercita cita melawan Reezal Merican sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Selain Rozabil, Tuan Haji Sulaiman Shafie (Naib Ketua UMNO Bahagian Arau), Dato' Mastika Junaidah (Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau), Kamaruddin Yong (Usahawan, orang Dato' Radzhi) bakal menjadi calon pilihan untuk bertanding atas tiket BN di Sanglang. Menurut sumber terdekat, setakat jam 1 tengahari tadi, Rozabil sudah pun diminta turun padang bersama dengan pemuda pemuda UMNO Perlis untuk menggempur DUN Sanglang. Lawannya ialah Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) atau Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis). Minyak hampir pasti menjadi isu utama di Sanglang.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.