Wednesday, June 25, 2008

Sanglang Bakal Ubah Politik Negara

pilihanraya kini     10:49 PM    

Dato' Seri Shahidan Kassim (Bakal Naib Presiden UMNO) diiringi oleh Datuk Hashim Suboh (Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Ketua Penerangan UMNO Perlis) akan memastikan Sanglang menjadi padang jarak padang tekukur bagi PAS. Dalam beberapa pertemuan dengan pengundi di Sanglang oleh Dato' Seri Shahidan, respon yang diberikan penduduk terhadap UMNO masih lagi kuat. Semua Ketua Ketua Cawangan UMNO dan orang orang berpengaruh di kawasan turun dalam program yang diadakan.
Seorang penduduk yang ditemui di pasar malam setiap Isnin di Kuala Sanglang menyatakan pilihan raya kecil adalah rahmat bagi pengundi Sanglang. Mereka memohon jalan jalan kampung agar dibesarkan dan jalan dibaiki. Pengundi juga memohon agar MARA dan kerajaan membantu usahawan untuk berniaga di kawasan tepian pantai.


Dato' Seri Mohd Isa Sabu (Menteri Besar Perlis) dan YB Syed Razlan Syed Jamalulail (ADUN Pauh) kini sudah ngam kembali dengan kem Dato' Seri Shahidan. Biduk berlalu kiambang bertaut kembali. PAS bakal menghadapi tentangan yang sengit daripada UMNO Perlis. Harus diingat bahawa Perlis adalah negeri tempat lahirnya singa-singa UMNO seperti Shahidan, Dato Radzhi, Azmi, Zahidi, Syed Razlan dan Mohd Isa sendiri.
Haron Din pun sudah kalah dua kali bertemu dengan singa singa UMNO di Perlis. Kemenangan besar BN di Sanglang akan membuka mata ramai pihak bahawa UMNO masih lagi relevan, kuat dan berpengaruh di kalangan orang Melayu. Ada juga kalangan pengundi sudah bercakap cakap tentang siapakah bakal calon BN di Sanglang nanti.
Antara yang disebut ialah;
1) Dato' Rozabil Abdul Rahman (Ketua Pemuda Arau, bekas SU Politik Dato' Seri Shahidan Kassim)
2) Haji Abdullah Hassan (AJK UMNO Bahagian Arau, bekas calon BN di Sanglang)
3) Dato' Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis)
4) Haji Sulaiman Shafie (Naib Ketua UMNO Bahagian Arau, bekas Speaker DUN)
5) Ridzuan Hassan (AJK UMNO Bahagian Arau, pengendali Satay Haji Samuri Kajang)
6) Syukri Saat (Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Arau)
7) Kamaruddin Yong (orang Dato' Radzhi Sheikh, usahawan)
8) Dato' Mastika Junaidah (Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau)
9) Ahmad Awang (AJK UMNO Bahagian Arau, bekas pegawai JASA)
10) Suerandi Ahmad (Naib Ketua Pemuda UMNO, Setiausaha UMNO Bahagian Arau)
11) Hajah Sabani Ahmad (Naib Ketua Wanita Arau)
Semua calon calon ini berkemampuan untuk menewaskan siapa sahaja calon PAS di Sanglang. PAS akan makan asap ja di Sanglang.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.