Friday, July 4, 2008

Khairy Jamaluddin Sudah Gempur Sanglang

pilihanraya kini     11:05 PM    

YB Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia) @ Chik telah datang menggempur Sanglang pada 4 Julai 2008 di Iglo, Kuala Perlis. Keberanian YB Khairy berdepan dengan jentera PAS membuktikan bahawa KJ adalah seorang pemuda yang berani dan pejuang yang sejati.

Seramai 5,000 ketua-ketua Pemuda UMNO daripada seluruh negeri Perlis telah hadir. Mereka mendapat suntikan semangat dan inspirasi daripada ucapan berani KJ. Ini membayangkan bahawa PAS akan mendapat tentangan sengit di Sanglang.

PAS telah memfailkan petisyen rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada 26 Jun 2008. Hanipa Maidin (Peguam PAS) telah menyatakan bahawa Sanglang perlu dibawa ke peringkat mahkamah untuk memberikan keadilan kepada PAS. Jentera PAS sendiri nampaknya telah berpecah belah di peringkat bawahan. Hashim Jasin dan Haron Din masing masing mencipta puak yang tersendiri.

Seorang ahli PAS yang ditemui lebih gemar kalau adik ipar Ustaz Haji Lah bertanding di Sanglang mewakiili PAS. Kebetulan adik ipar Ustaz Haji Lah tinggal di hadapan rumah Haji Lah di Bongor Kudung. Orang-orang Haron Din di Behor Mali sudah mula menuduh team Hashim Jasin songlap duit.

Khabarnya duit bernilai RM5juta ringgit telah ditaburkan oleh Haji Hadi di Sanglang. Mohd Sabu sendiri sudah mendapat kontrak penceramah bernilai RM300,000 untuk berkempen di Sanglang. Mohd Sabu katanya sudah dibawa melawat tapak tapak ceramah PAS di sekitar Sanglang. PAS sudah pun marking pengundi satu persatu di Padang Keria, Simpang Sanglang, Bongor Kudung dan Bunga Mas.

Inilah bakal “kantin” petugas petugas pilihanraya Sanglang. Hidangan makan yang enak berupa sotong dan ikan bakar akan menjadi pengalas perut setelah penat lelah menggantung bendera dan berceramah. Jika makan di waktu petang, petugas pilihan raya boleh melihat sunset secara live di tepi laut ini. Petugas pilihanraya pasti tidak akan menyesal jika datang ke Perlis. Seribu satu cerita dan seribu satu keindahan bakal menanti di Indera Kayangan. Jangan lupa bawa duit banyak banyak untuk shopping baju Euro di Padang Besar.


3 comments :

Anonymous said...

Sedarlah pengundi DUN Sanglang apa yang Perlis dapat semenjak merdeka 1957 semua bijak pandai Perlis terpaksa keluar untuk menentukan untung nasib diluar Perlis.Berapa biji Kilang berstatus Global ada diPerlis.Berapa ramai orang dari dun Sanglang yang berstatus state officer dalam kerajaan negeri, berapa banyak peruntukan dari pusat utk pembangunan infrastruktur ekonomi bagi 2008.BN usahlah memainkan sentimen pembangunan kepada rakyat perlis yang mengundi di DUN Sanglang kerana mereka tak faham apapapun kerana yang berfikiran waras semua terpaksa meninggalkan negeri mencari rezeki di luar.Yang ada sekarang hanya lah pesawah padi yang rata-rata nya terpaksa berjalan sendiri kekubur sekiranya ajal telah sampai.Khusus untuk BN kalau nak lobi tu jangan lah mai tangan kosong bawa dan bagi lah banyak2 habuan kat pengundi kerana mereka kebanyakan dhaif berapa lori kontena pun kalau nak dilambak saya lagi sokong kerana nasib mereka lebih teruk dari mangsa taupan nargis di myanmar.BPR harap jangan hampir kerana keseluruhan Pengundi Dun Sanglang bukan setakat miskin tetapi bertaraf fakir.Lebihkan sikit habuan kalau ada pilihanraya baru kerana kali ini PRU 12.5 harap YB Dato'Seri Shahidan dan Datin Seri boleh buat lebih dari dulu.

DAMAK said...

UMNO mesti dikalahkan bagi mengikis imej khairi dan Pak Lah. Jika tidak kepala KJ dan Pak Lah akan bertambah besar dan Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya untuk Najib dan negara akan terus dilanda masalah

Anonymous said...

khairy keling ite belengit..blah la lu

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.