Saturday, July 5, 2008

Sanglang Akan Jadi Padang Jarak Padang Terkukur Buat PAS

pilihanraya kini     10:25 PM    

MB Perlis mencium tangan ibunya yang juga adalah pejuang politik UMNO. Dato’ Seri Mohd Isa Sabu (Menteri Besar Perlis) akan berganding bahu dengan Dato’ Seri Shahidan Kassim (Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis) bagi mengalahkan PAS di Sanglang. Jentera UMNO Bahagian Arau sudah pun bergerak dari rumah ke rumah melakukan penerangan isu semasa termasuklah isu isu minyak.

Dato’ Seri Mohd Isa Sabu yang memang dikenali sebagai seorang yang humble, mudah didampingi dan pandai mengambil hati rakyat akan menjadi senjata paling ampuh BN untuk menang di Sanglang. Ditambah pula dengan peribadi Dato’ Seri Shahidan Kassim yang rendah diri, pemurah dan hemoi akan membuatkan pihak PAS lebih bermasalah di Sanglang.
Kerjasama baik antara Dato' Seri Shahidan dengan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin serta hubungan baik dengan istana menjadikan perpaduan pasukan UMNO di Perlis amat kuat dan sukar digugat. Dengan kehadiran lebih 5,000 orang semasa pelancaran gerak kerja pilihan raya oleh YB Khairy Jamaluddin semalam di Kuala Perlis, orang orang PAS pastinya kecut perut menanti gelombang biru melanda Sanglang.

PAS sepatutnya menyalahkan petugas SPR PAS yang telah menandatandangi borang 14 di Petiundi Sanglang sebagai punca kekalahan PAS di Sanglang. Jika petugas tersebut tidak sain borang 14 maka tidak mungkin berlaku kesilapan. Mengapa hendak salahkan SPR lagi, PAS kena salahkan diri sendiri. Sanglang akan jadi padang jarak padang terkukur buat PAS nanti.



3 comments :

Desperado said...

Salam panglima!

PASTIKAN KITA MENANG!!!!!!!

www.pilihananda08.blogspot.com

Anonymous said...

Selesaikan kes Peruntukan perundangan Pilihanraya dulu sebelum diadakan pilihanraya baru. PRU 12 DUN Sanglang yang lepas pun masih tergantung dan telah dikenalpasti oleh mahkamah bukan salah pengundi tetapi salah individu yang diamanahkan oleh SPR untuk pengumuman siapa yang menang dan siapa yang kalah mengapa mengapa pihak BN cuba menyembunyikan reality ini.DS MB Perlis ,DS Shahidan serta YB KJ kenapa taknak Faham undang2 mengapa nak heret kami sebagai pengundi dalam masaalah undang2 yang tuan-tuan tak faham mana pergi pakar perundangan dan peguam yang selama ini menasihat tuan.Mengapa pula tuan2 nak ajar kami pengundi di DUN Sanglang mengikut undang yang sesat.Semua pengundi di DUN Sanglang sama ada penyokong pembangkang atau BN tahu keputusan sebenarnya pulangkan kepada mereka yang HAQ kalau dah benar2 jujur dan telus.Kalau nak buat pembangunan untuk DUN Sanglang lambak saja lah hashim jasin melayu haji lah pun melayu peraturan apa yang terhalang dalam agenda BN mengapa takut sangat kalau ada dua pembangkang dlm DUN Perlis mungkin ada sesuatu yang tak betul dalam Akaun Peruntukan kerajaan negeri.Takut kalau2 benda yang tak betul selama ini disembunyikan.Akhir sekali tanya lah diri sendiri apa yang Perlis ada selama berada di bawah BN sedangkan negeri lari memiliki kawasan perindustrian sendiri.

azmira said...

Asalamualikum.

Terkejut bila membaca laman blog ini.

Setahu saya 'Gelanggang' pun dibuka secara rasmi lagi.

Tak kan nak bersilat kat luar gelanggang kot.

"Sanglang Akan Jadi Padang Jarak Padang Terkukur Buat PAS"

BETUL ke?

Seingat-ingat saya sepatutnya PAS diangkat pemenang untuk pilihanraya lepas. Kalau UMNO betul2 gentle, bagi je kerusi tu kat PAS. Mudah-mudah semua pengundi respect kat UMNO.

Tak perlu le cakap berdegar-degar. Takot kalah nanti, Malu kite.

Regards

Azmi

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.