Saturday, August 9, 2008

Ada hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Anwar, kata Nik Aziz

pilihanraya kini     1:11 AM    

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan berlakunya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya kecil Parlimen kawasan Permatang Pauh, 26 Ogos ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, terdapat pihak cuba sabotaj bagi memastikan Anwar tidak berjaya menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.“Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MATA fair peringkat Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas hasrat Anwar untuk bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh namun beliau semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.
Nik Abdul Aziz juga menasihatkan pihak yang menyimpan perasaan dengki itu agar melupakan hasrat mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.“Beri peluang kepada Anwar untuk masuk jadi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat,” katanya.
Siapalah yang dengki sangat dengan Anwar ni Tok Guru, entah entah Tok Guru sendiri agaknya yang dengki tu. Dekat Kelantan sendiri pun ramai orang tak suka dengan Tok Guru tapi Tok Guru selamba ja mengaku diri sendiri hebat. Anak menantu kena siasat dengan BPR dah selesai ke Tok Guru? Lantik menantu jadi COO ni hebatlah kiranya. Banyak boleh projek tuh…termasuklah projek kambing dan jual beli tanah.
Hambo raso lah, Tok Guru yang lebih layak dari Nuar jadi PM. Inilah sebabnya hambo raso orang PAS dok dengki kat Nuar Brahim tuhh. Mungkin sebab dia nih ejen insurans kot.

2 comments :

UXOP said...

mmg di kelantan ramai org UMNO yg tak suka dgn Nik Aziz..Betul tak?Banyak cerita direka & akhirnya memakan diri sendiri

dolahkayu said...

aku tak paham la ..kenapa semua blog tajaan/penyokong umno-bn nih buat ayat yang hampeh ..

kalau mcm ni punya blog, mcm mana nak saingi blog penyokong PR?

blog ni untuk dibaca dan menarik minat pembaca, tapi kalau dok baca dan syok sesama sendiri, buang masa aja buat blog..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.