Tuesday, August 5, 2008

Jalil Akan Lawan Anwar di Permatang Pauh

pilihanraya kini     3:36 PM    

Yang mana satu akan bertanding. Pirdaus atau Jalil ?


Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh) berkata beliau sedia menjadi calon melawan Anwar Ibrahim. Datuk Jalil berkata calon BN dalam pilihanraya kecil paling dinanti-nantikan itu akan ditentukan oleh pengerusi parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Jalil berkata "saya bersedia menjadi calon."
Manakala Datuk Ahmad Saad (Bekas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh) menegaskan, beliau kini tidak lagi menyokong Anwar kerana penasihat PKR itu bersekongkol dengan DAP. Datuk Ahmad Saad menyebut, beliau tidak suka pada seseorang pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan bangsa sendiri. "Oleh kerana itu saya tidak boleh menyokong perjuangan Anwar walaupun sebelum ini merupakan penyokong kuat beliau," katanya. Selepas Mufti Perlis menolak, mungkin Datuk Jalil sendiri akan bertanding nanti. Siaplah kau Anwar. Dengar khabar, Mohd Sabu (Naib Presiden PAS) yang pernah lawan Anwar di Permatang Pauh pun nak bertanding atas tiket PAS di Permatang Pauh.

1 comments :

Anonymous said...

wat ramalan pn xreti...pegi mampos naik barang

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.