Friday, August 1, 2008

Khairy Akan Lawan Anwar Habis Habisan di Permatang Pauh

pilihanraya kini     2:44 AM    

''Akhirnya Anwar memilih kawasan selamat untuk bertanding di kerusi Parlimen walaupun pada awalnya beliau pernah berkata tidak akan minta Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail memberi laluan kepadanya. ''Selepas itu Anwar buat kenyataan kemungkinan besar bertanding di Bandar Tun Razak dan kemudiannya di Kulim,'' kata Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia).
"Kalau betul Anwar diterima di seluruh negara, kenapa tidak menunaikan janji kepada rakyat Kulim untuk bertanding di sana? Ini mesti kerana Anwar tidak yakin dengan penerimaan rakyat terhadapnya terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini," kata Khairy lagi.

''Anwar kini tidak yakin dengan penerimaan rakyat terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir- akhir ini,'' kata Khairy. Apa pun Khairy akan menjadi antara public figure di Permatang Pauh nanti. Untuk mendepani hujah hujah Anwar, Khairy adalah antara calon barisan hadapan Pemuda untuk mendedahkan siapakah Anwar yang sebenar di Permatang Pauh nanti. Tunggulah Anwar, masa sudah tiba untuk buku bertemu dengan ruas.

1 comments :

Anonymous said...

Blah la kau Kera Jantan...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.