Sunday, August 17, 2008

Lawan Tiga Penjuru. PAS Taja AKIM

pilihanraya kini     3:10 AM    

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

BN yang diwakili calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, akan menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61 dan Presiden AKIM, Hanafi Mamat, 51.

Pada awalnya, pilihan raya kecil itu seakan bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman turut menyerahkan borang pencalonan atas tiket Bebas.

Bagaimanapun Dr. Mansor secara mengejut menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman calon dibuat menyebabkannya kehilangan wang deposit RM10,000. Ini kerana tindakannya itu dilakukan selepas pukul 10 pagi, tempoh penyerahan borang pencalonan tamat.

Sementara itu, Anwar yang memakai baju Melayu biru diiringi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, tiba pada pukul 8.40 pagi bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin gabungan Pakatan Rakyat. Aku nampak sendiri tadi mesra betul Guan Eng dengan Anwar Ibrahim, berbulu betul aku tengok Guan Eng. Makin naik lemak dia tadi.

Anwar kalau bagi muka lagi macam ni rosaklah Islam. Macam mana nak jadi pemimpin Islam kalau DAP macam Guan Eng pun Anwar tidak boleh kawal langsung. Buat malu orang Islam saja.

1 comments :

Anonymous said...

Apa masaalah guan eng berbaik dgn anwar.kau ni betul2 umno kaw2 punya.org berbaik pun salah. agaknya kau ni tak ngaji ugama sebab tu tak tahu apa sebenarnya tuntutan Islam.buang masa baca tulisan kau,semoga Allah ampunkan kau dan membuka pintu hati mu terhadap kebenaran yg hakiki.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.