Saturday, August 16, 2008

Tun Mahathir Cabar Anwar Bersumpah

pilihanraya kini     7:05 PM    


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Penasihat PKR, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikuti langkah Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah untuk membuktikan beliau tidak bersalah."Anwar sepatutnya membuat perkara yang sama, bukannya hanya terus berceramah di merata tempat untuk membuktikan yang dia tidak bersalah," kata Tun Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir berkata, ia (bersumpah) adalah cara bekas pembantu Anwar itu untuk membuktikan bahawa segala dakwaannya adalah benar.Mahathir berkata sebagai seorang tokoh dalam arena politik Malaysia, Anwar perlu berkelakuan sempurna dan mengikut sentimen orang ramai yang mahukan beliau bersumpah.
Menurutnya langkah mengangkat sumpah itu boleh dianggap sebagai gerakan politik yang baik, namun Anwar sendiri perlu mengemukakan bukti yang sah, bagi membuktikan yang beliau tidak bersalah berhubung perkara itu."Dalam kes ini, hampir mustahil untuk menyediakan empat orang saksi, jadi lebih baik sekiranya ia dibuktikan menerusi pelbagai langkah lain seperti ujian sampel DNA," kata Tun Dr Mahathir.

Dulu semasa kes Sukma, Anwar tidak pun bersumpah. Kini, bolehkah Anwar mengambil langkah untuk bersumpah sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful Bukhari? Takut apa pak sheikh, kalau tak salah sumpah sahajalah buat apa nak cakap belit belit. Buat pening kepala ja orang dengar.

4 comments :

Anonymous said...

Thursday, 04 May 2006


KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkotakan janjinya untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran negara selepas bersara.

``Ini adalah harapan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet supaya bekas Perdana Menteri itu tidak campur tangan dalam keputusan kerajaan untuk menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

``Tindakan beliau seolah-olah memperkecilkan kerajaan yang ada sekarang, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Isu itu dicetuskan oleh beberapa Ahli Parlimen mewakili penyokong kerajaan dan pembangkang ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2005 di Dewan Rakyat di sini.

Mereka meminta penjelasan daripada JPM berhubung perbalahan yang berlaku antara Dr. Mahathir dan kerajaan mengenai isu jambatan tersebut.

Dalam hal ini, menurut Mohamed Nazri, beliau tidak mempunyai kepentingan peribadi, begitu juga dengan Dr. Mahathir dan cuma mempertahankan pendirian kerajaan.

``Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan menjawab kritikan Dr. Mahathir ini dan meminta segala janjinya semasa bersara dikotakan, katanya.

Tambahnya, Dr. Mahathir pernah berjanji tidak akan campur tangan seperti mana dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaakub terhadap Ketua Menteri sekarang.

Jelasnya, Dr. Mahathir tidak mahu dirinya menjadi seperti apa disifatkannya sebagai `sindrom Tun Rahman.

Bagaimanapun, secara peribadi Mohamed Nazri berkata, beliau menghormati Dr. Mahathir sebagai seorang yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Namun katanya, itu tidak bermakna beliau (Dr. Mahathir) diberi kuasa untuk mengkritik tanpa mengundang jawapan daripada sesiapa yang mempertikaikan kritikan beliau, terutama sekali hak kerajaan untuk membela diri.

Ditanya adakah selepas ini Dr. Mahathir tidak perlu memberi sebarang pandangan atau kritikan terhadap kerajaan, Nazri berkata, ia adalah hak beliau untuk mengkritik.

``Sekiranya Dr. Mahathir menjawab kritikan saya ini maka saya akan jawab balik. Kita tengok siapa yang letih.

``Kalau kritikan itu ikhlas dan dibuat secara perbincangan, kita boleh terima, sebaliknya beliau memilih akhbar. Jadi hak saya untuk menjawab dalam akhbar juga, jelasnya.

Mengenai tuduhan Dr. Mahathir bahawa Kabinet hanya berminat untuk menjual pasir, Mohamed Nazri berkata, itu adalah satu tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, kerana tidak mahu menjual pasir, kerajaan menolak jambatan bengkok.

Ditanya kemungkinan kritikan itu seperti seorang ayah menasihatkan anaknya (Menteri Kabinet), beliau menjawab, Dr. Mahathir sepatutnya mengkritik secara senyap.


p/s: Mengapa Dr Mahathir ikut xampur tangan hal isu negara??ambil point kah mat bangla seorang ni kenapa nak famouskan lagi ke kisah pulau langkawi tuu...??sendiri mahu ingat ler~Belia Benci Dadah!!!Awas tolong awasi anak anda jangan biarkan mereka terjerumus dalam najis dadah!!!Dadah adalah musuh negara dan setiap orang tidak kira darjat atau pangkat!!!Kotakanlah Janjimu sebelum kau menghadap illahi!!!

Anonymous said...

Kenapa diorang ni benci sangat dengan anwar??aku langsung tak pahamlah!!!apa mereka perfect sangat kah?lagi 1 tunjukkanlah kebenaranya ya allah!!!

Anonymous said...

Wan Azizah banyak menangis disebabkan oleh warga malaysia yang tak berhati perut lah bodoh!!

Anonymous said...

sumpah2 ni tak mainlah.jangan jadi bodoh.kalau semua nak pakai sumpah,tak payahlah ada undang2.sumpah aje dah selesai masaalah.mahkamah2 diMalaysia dah boleh tutup.hakim2 dan peguam2 semua boleh cari kerja lain.siapa punya idea ni pakai sumpah2.dah nak mampos ke apa?pakai akallah sikit.sekelian makhluk ALLAH dicipta tanpa akal melainkan makhluk yg paling mulia bernama manusia.kalau tak tahu nak pakai akal,jadilah makhluk yg tidak berakal(baca umno).....

Rakyat yg ada AKAL.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.