Thursday, August 14, 2008

YB ISO dan OCBC vs Anwar Ibrahim

Arif Shah calon BN di Permatang Pauh ialah seorang yang boleh berbahasa Hokkien. Dikenali dengan nama OCBC (Orang Cina Bukan Cina) di kalangan penduduk. Malah pejabat pusat wakil rakyatnya mendapat pengiktirafan ISO. Satu satunya YB dalam Malaysia yang dapat sijil ISO. Arif mensasarkan dua agenda utama untuk penduduk di kawasan itu sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat mereka pada pilihanraya kecil 26 Ogos ini.

Yang pertama
Meningkatkan perpaduan semua kaum di Permatang Pauh.

Yang Kedua
Mengatasi masalah kemiskinan penduduk


Menurutnya, penduduk di Permatang Pauh seolah-olah terkena sumpahan sejak kerusi parlimen itu jatuh kepada pembangkang pada 1999 dengan tiada sebarang pembangunan dapat dizahirkan di situ manakala tidak ada perhubungan akrab terjalin antara penduduk di situ dengan wakil rakyat mereka.

"Sudah sampai masanya kita menebus balik sumpahan ke atas Permatang Pauh dengan memberi peluang kepada saya sebagai kuli untuk berkhidmat kepada rakyat supaya Permatang Pauh kembali bersinar dan masalah-masalah yang sedang dihadapi akan dapat diatasi," katanya kepada pemberita.

Ketika ditanya peluangnya berhadapan dengan Penasihat PKR, Ariff Shah, 52, yang merupakan Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh ketika Anwar menerajui Umno bahagian itu, melaungkan keyakinan mampu merampas kembali kerusi parlimen tersebut hasil sokongan padu semua kaum di situ walaupun dengan majoriti yang tidak besar.

"Ketika ini ramai wakil rakyat yang memegang jawatan sebagai Adun dan ahli parlimen. Saya rasa tidak ada masalah untuk saya memberi khidmat terbaik kepada penduduk di dua-dua kawasan itu," kata Arif Shah.

Arif Shah mula terpilih sebagai ADUN Seberang Jaya pada pilihanraya umum 2004 setelah mengalahkan calon PKR Dr Mansor Othman dengan majoriti 4,464 undi.Dalam pilihanraya umum Mac lalu beliau mengekalkan kerusi DUN itu untuk penggal kedua setelah menewaskan calon PKR Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.

Ketika ditanya kemungkinan penyokong dan calon BN yang tidak terpilih akan mensabotaj beliau pada pilihanraya kecil nanti, Ariff Shah berkata: "Saya percaya semua di Permatang Pauh akan membantu saya dan saya tidak menyimpan dendam kepada sesiapa". Inilah wakil rakyat terbaik yang sanggup jadi kuli kepada rakyat.

No comments: