Friday, September 19, 2008

Amerika Pergunakan Anwar Ibrahim

pilihanraya kini     5:36 PM    


Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

3 comments :

Yang sebelah kiri tu, Paul Wolfowitz adalah Architect Perang Iraq yang membunuh hampir sejuta nyawa orang Islam. Dia kesayangan Presiden Bush. Kalau tak percaya check dengan Wikipedia.

Ya, berjuta...bukan seribu atau dua ribu..dan hingga sekarang rakyat Iraq masih menderita dan sengsara. Dan kita nak duduk ke dengan orang macam ni???

Anonymous said...

Anwar tali barut Amerika!kau memag keji.guna rakyat utk mncapai cita2 kau tu.

Anonymous said...

Khairy tali barut singapore...jual pulau batu putih...lepas ni pulau pisang!!!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.