Friday, September 12, 2008

Azan: Pembesar Suara Mahu Diperlahankan

pilihanraya kini     5:05 PM    


Dalam Malaysiakini, DAP mula berdalih tentang azan. Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ. Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut. Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam. Hanya berapa minit sahaja Azan? Bukankah sebelum Subuh itu pembesar suara itu untuk Azan juga? Berdasarkan kenyataan ini memang jelas DAP tidak suka pembesar suara menguatkan kuliah Subuh, kuliah Maghrib dan bacaan ayat ayat Al-Quran.

7 comments :

Salam!

saya cadangkan saudara siarkan petisyen berkenaan permintaan cina di selangor untuk perlahankan laungan azan. kalau tiada saya rasa saudara tak perlulah berterusan menegakkan hujah tanpa dalil yang kukuh. kelak nanti saudara digelar AL-MUFTARI...saya akur kalau ia satu kebenaran tetapi selama mana saya tak dapat sesuatu yang mampu membuktikan kenyataan saudara ini maka tak payahlah saudara cuba menegakkannya lagi selepas ini kerana banyak isu yang ditimbulkan BN/UMNO pasca PRU 12 telah menyebabkan kerajaan menanggung kesan buruk daripadanya selepas beberapa ketika.Hnetikanlah membuat isu yang boleh memakan diri...

mohon mencadangkan!

thanks!

Anonymous said...

sila lihat di pembelamelayu.com. ada petisyen tersebut.

ysnizam said...

isu nie dah mmg betul..
apehal lak nak kater orang bercakap tak ader fakta..

Ini bukan isu2 sajer2 bangkit..
Bukan politik..

Kok yer tak suker BN..
Janganla ader kompromi pasal agama islam..

Anonymous said...

memang aku tak suka umno bn;
mereka bukannya nak amal ajaran islam cuma nak jaga islam je supaya orang melayu islam anggap umnolah pejuang islam sebenarnya pengkhianat islam sebenarnya.
tengoklah keadaan remaja kita dlm kawasan kejiranan kita berapa orang yang pergi solat berjemaah di surau/masjid, sebagai cthnya bila tiba waktu maghrib masih kat padang bola,pusat-pusat membelibelah dan sebagainya.
jadi apabila orang bukan islam marah pada azan sebenarnya kita yang sebenarnya tak suka pada azan

Penyapu PKR said...

Padan Muka...

Anonymous said...

aku ahli agama jugak la tapi bukan ulama muktabar. bagi aku azan zaman rasulullah tak guna mikrofon pun.. kenapa kita pulak yang sibuk2 nak cari pasal sangat. kita bukan tinggal dalam negara yang semuanya orang islam, jadi apa salahnya perlahankan sudah lah azan tu... orang melayu kat bandar ni sibuk soh azan kuat0uat tapi solatnya belum tentu.. malu la sikit. ni semua umno tang tak islam tu cari pasal dengan, orang pas jangan melenting macam umno, siasat dulu mana betul mana salah berita-berita sorat khabar orang umno ni..

Anonymous said...

Salam,

Saya berpendapat majlis ceramah, kuliah Subuh serta kuliah Maghrib cukuplah sekadar menggunakan pembesar suara dalamn masjid sahaja dan tidak perlu dipancarkan dengan menggunakan pembesar suara utama.

Ini adalah kerana para hadirin yang mendengar ceramah dan kuliah tersebut semuanya berada di dalam kawasan masjid dan mendengarnya daripada sistem pembesar suara dalaman.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.