Monday, September 8, 2008

DAP Letak Syarat Lompat

pilihanraya kini     5:42 PM    


Belum apa apa lagi sudah letak syarat dah. Lepas ini DAP akan letak syarat, Haji Hadi jangan sebut langsung pasal negara Islam. Mulut kena diam macam Nizar, mita tanah ke apa ke kena bagi. DAP tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Penasihatnya, Lim Kit Siang, berkata parti itu hanya menerima kemasukan wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat jika mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat dan bukan perjuangan ‘periuk nasi politik’ mereka.

“Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat. Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika,” katanya selepas merasmikan penubuhan DAP cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu, semalam. Apa nak jadi la denagn Pakatan Rakyat ini. Bising je lebih nak buat kerajaan. Lima negeri yang menang belum jaga baik baik lagi pun.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.