Saturday, September 6, 2008

Islam lawan Melayu

pilihanraya kini     6:29 AM    



Sikap bertolak ansur dan bermurah hati ini telah diamalkan sejak pilihan raya 1955, UMNO bertanding di 36 kawasan Parlimen, MCA bertanding di 15 kawasan dan MIC satu kawasan. Pada masa tersebut UMNO boleh membolot kesemua 52 kerusi yang ada tetapi atas sifat benevolence Perikatan UMNO memberikan 17 kerusi kepada kaum yang lain. Ini petanda bahawa Perikatan awal UMNO, MCA dan MIC tidak menjadikan “racist” sebagai titik pemisah antara mereka.

Parti Islam Se-Malaysia mememangi satu kerusi di kawasan pilihan raya Krian, Perak, dan mendapatkan untuk ahli parlimennya nama samaran, "Encik Pembangkang". PAS telah ditubuhkan semata-mata untuk pilihan raya ini. Sebelum itu, PAS merupakan sebuah persatuan yang bernama "Persatuan Islam Se-Malaysia" dan telah memainkan peranan politiknya sebagai sebahagian UMNO. Kekuatan PAS berasal daripada daya tariknya untuk menjadikan agama Islam sebagai dasar masyarakat terhadap orang-orang Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami tahap pembangunan ekonomi yang terendah di negara.

Disebabkan oleh tertubuhnya PAS, maka UMNO menjadi sasaran utama parti yang memperjuangkan Islam untuk berkuasa. Islam lawan Melayu. Tidak ada bangsa di dunia yang berani tulis dalam Perlembagaan bahawa mesti beragama Islam untuk menjadi bangsa Melayu. Strategi British berjaya. Mereka berseronok melihat orang Melayu berpecah dua kepada UMNO dan PAS.

1998, reformasi pula berlaku di Malaysia. Orang Melayu berpecah lagi kepada tiga iaitu PAS, UMNO dan PKR. Gara gara membela seorang sahaja iaitu Anwar Ibrahim, orang Melayu berpecah lagi. Siapa yang sedang membuat untung dari perpecahan orang Melayu ini?

Hari ini sekali lagi orang Melayu berpecah kepada Melayu yang bangga dengan identiti Melayu dan orang Melayu yang tidak berani lagi mengaku Melayu. Akibatnya lagi besar. Mungkin sebab inilah orang Melayu terjajah selama 446 tahun. Kita tidak pernah bersatu melainkan hanya untuk menghalau Malayan Union keluar dari Tanah Melayu. Pada hari ini, apa salahnya kalau orang Melayu bersatu menghalau DAP keluar dari Tanah Melayu?

5 comments :

Salam,

Ramai orang Melayu, termasuk orang PAS, melihat UMNO hanya mampu menjaga kepentingan kroni dan keluarga, dan tidak mampu lagi menjaga kepentingan orang Melayu.

Pada masa yang sama mereka lihat, kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO, tidak berlaku adil kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS.

Malah dalam pilihan raya 2008, BN beria-ia hendak merampas Kelantan daripada tangan PAS. Buat apa? Sedangkan Kelantan sudah diperintah oleh PAS, sebuah parti Melayu/Islam dengan baik.

Kalau UMNO mahu orang Melayu bersatu, sepatutnya kerajaan Pusat tolong kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan, walaupun di bawah PAS, kerana di sanalah ramai orang Melayu.

Tapi kerajaan Pusat lebih suka berindak zalim terhadap PAS dan kerajaan Kelantan.

Sebab itu PAS bersekutu dengan DAP untuk menumpaskan UMNO. Sekarang mereka sudah "separuh berjaya".

Dengan bersekutu dengan DAP (dan juga PKR) sekarang PAS sudah dapat menjadi pemerintah di lima buah negeri, menggantikan BN.

Itulah "hukuman" kepada UMNO dan BN yang hanya mementingkan kroni dan suka melakukan kezaliman.

ysnizam said...

oooo..

semata2 nak jatuhkan umno..

sanggup berkawan dgn DAP..

sanggup bersengkokol dgn dap yg
terus terang reject islam...

sebab tu ader pepatah melayu..

Marahkan nyamuk..
Kelambu dibakar..!!

cuber bacer sejarah AZTEC dan juga INCA di benua AMERIKA SELATAN..

Bacer macam maner tamadun nie..
Jatuh..
Macam maner..selepas tu
Orang2 Spain dan Portugal kuasai
Amerika Selatan...

Sekarang saper yang jadik
PEMBELOT BANGSA..
PEMBELOT AGAMA..!!

APA KATA KALAU BUAT ELECTION SEMULA. PAS DAN UMNO BERSATU LAWAN DI SEMUA PARLIMEN. BAGI PAS PERINTAH KELANTAN, KEDAH DAN TERENGGANU. BAGI TPM PADA PAS DAN BEBERAPA KERUSI MENTERI. KETEPIKAN TERUS GERAKAN DAN MCA YANG BERSIKAP UGUT UGUT NI. SEKARANG UMNO SUDAH MENANG 79, PAS ADA 23 KERUSI. CAMPUR DUA NI DAH 102 KERUSI. CUKUP KUAT UNTUK ORANG MELAYU. AMBIL BALIK 18KERUSI DARI GERAKAN DAN MCA. JADI JUMLAHNYA IALAH 120. 18 KERUSI GERAKAN DAN MCA BUKANNYA RAMAI CINA, MELAYU YANG TOLONG MENANGKAN MEREKA. JADI 120 KUAT UNTUK SEBUAH KERAJAAN MELAYU SOLID.

Anonymous said...

fitnah fitnah belaka blog ini

Zorro said...

Salam,

Sdr. Salman & Sdr. ysnizam,

Secara peribadi saya bangga dengan kalian berdua. Kalian punya semangat tinggi dan kata hati yang ingin memartabatkan Islam dan Melayu. namun kalian jangan terlalu emosi melayan kemarahan perasaan itu.

Saya sekadar ingin bertanya pada kalian...kalaulah kalian terlihat ketika pilihanraya akan datang ada jentera UMNO yang sedang dibelasah oleh jentera DAP atau PKR yang bukan Islam dan jentera PAS yang sedang dibelasah oleh jentera BN dari komponen MCA atau Gerakan, jentera mana yang akan saudara tolong dahulu.... UMNO atau PAS.

Saudara kena jawab dulu, kemudian saya akan sambung semula.... wassalam.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.