Friday, September 19, 2008

Siapa Bakal Menang 3 Naib Presiden UMNO

pilihanraya kini     5:36 PM    


Pemilihan UMNO akan bersambung kembali selepas Hari Raya Aidilfitri. 3 orang akan dipilih sebagai Naib Presiden UMNO untuk mengapit Presiden dan Timbalan Presiden bagi mentadbir parti UMNO. Pada tahun 2004, calon yang menang ialah Tan Sri Mohd Isa Samad (1,507 undi), Tan Sri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi). Dengan jumlah perwakilan kali ini berjumlah kira kira 2,483 orang daripada 191 bahagian. Calon yang mendapat undi lebih daripada 1,000 undi sudah boleh berkira-kira untuk menjadi Naib Presiden. Pertarungan kali ini berpecah kepada hampir 10 penjuru. Sengit dan amat sengit ketika UMNO dilanda krisis kekalahan paling teruk akibat kehilangan 5 kerusi dalam pilihan raya umum ke-12. Siapa yang akan dapat kepercayaan untuk menerajui UMNO kembali?

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.