Sunday, October 26, 2008

Datuk Lajim Bakal Ketua Menteri Sabah

pilihanraya kini     11:40 PM    

Semalam, Datuk Lajim telah menang dengan majoriti 205 undi mengatasi Datuk Azizah sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Sabah. Sudah ada desas-desus kuat bertiup menyatakan bahawa Datuk Lajim akan dibawa balik ke DUN Klias untuk menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru bila Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri pada 2011 nanti. Datuk Lajim dianggap calon politik yang sedang bersinar di Sabah sekarang ni seiring dengan kemunculan tokoh-tokoh politik baru dari Sabah iaitu Musa Aman, Shafie Afdal dan Rahman Dahalan. Dijangkakan Sabah akan punyai 4 orang menteri penuh dalam kabinet baru Dato' Seri Najib nanti. Sabah memang layak diberi penghormatan sebegitu kerana mereka adalah negeri yang menang banyak dalam PRU12. Jangan terkejut kalau ada calon Naib Presiden dari Sabah menang nanti.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.