Tuesday, October 21, 2008

Perwakilan Pemuda Tentukan Peralihan Kuasa

pilihanraya kini     11:45 AM    


Hishammudin dan Zahid Hamidi mendahului senarai pencalonan untuk Naib Presiden UMNO. Kedua-duanya, adalah dari Pemuda UMNO. Ini menunjukkan ramai kalangan perwakilan kini adalah bekas-bekas Ketua Pemuda UMNO. Perubahan dimulakan oleh orang muda. Belum pasti lagi orang yang dapat undi tertinggi akan menang nanti. Segalanya boleh bertukar bila pemilihan. Nasib baik ada sistem kuota, kalau tidak semua orang dah beratur nak jawatan-jawatan yang ada.

Kedudukan Terkini Pencalonan Pemilihan UMNO.

Presiden (58 pencalonan layak bertanding)
Datuk Seri Najib Tun Razak (66)

Timbalan Presiden (39 layak bertanding)
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (44)
2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (13)
3. Tan Sri Mohammad Mohd. Taib (9)

Naib Presiden (20 layak bertanding)
1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (55)
2. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (38)
3. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (32)
4. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (32)
5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (12)
6. Tan Sri Mohd Isa Samad (7)
7. Datuk Seri Dr. Rais Yatim (6)
8. Datuk Seri Shahidan Kassim (6)
9. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (4)
10. Tan Sri Rahim Tamby Chik (4)

1 comments :

Anonymous said...

Salam,

Sebagai bekas ahli Pergerakan Pemuda, saya bangga dengan pencapaian pemimpin-pemimpin pemuda yang bakal diangkat untuk menjadi pelapis kepada peneraju negara. Bagi saya selayaknya Dato' Hisham, Dato' Zahid dan Dato Seri Shafie Afdal diangkat sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia. Track record perkhidmatan mereka dalam kepimpinan UMNO sangat cemerlang. Gandingan 3 pemimpin muda ini bersama Dato' Seri Najib sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden mampu meletakkan kembali UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang kukuh dan mantap.

Wassalam.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.