Sunday, October 26, 2008

KJ Sudah Layak, Tunggu Giliran Khir Toyo Pula

pilihanraya kini     3:03 AM    


Khairy Jamaluddin sudah layak bertanding. Sama-sama kita nantikan apakah Khir Toyo akan layak sama bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jika berlaku pertandingan 3 penjuru, apa sahaja boleh berlaku. Macam main bola, menang 4-0, 6-0 belum tentu menang lagi bila sampai final. Entah entah kalah penalti pada masa tambahan. Bila pemilihan ditunda dari Disember ke bulan Mac 2009, ianya ibarat tambahan masa bagi mereka yang bertanding. Sama-samalah kita lihat siapa yang sepak tidak masuk gol pada Mac nanti.

2 comments :

Salam Blogger,

Saya menjangkakan ada individu diantara calon-calon ini akan menggunakan wang dan kuasa sepenuhnya dalam mencari undi ketika pemilihan Umno nanti.

Manakala para perwakilan bakal menjadi kaya buat sementara waktu.

Khairy Jamaluddin boleh menang jawatan ini walaupun beribu orang tidak menyukai dan tidak merestuinya.

Datuk Mukhriz dilihat calon paling layak untuk memegang jawatan ketua pemuda Umno Malaysia dan beliau boleh menang jika tiada unsur politik wang dalam pertandingan ini.

Datuk Seri Dr Khir Toyo dijangka munkin akan beroleh kelayakan namun agak tipis dan beliau kemugkinan besar tidak mampu untuk bergelar ketua pemuda Umno Malaysia.

Bersamalah kita nantikannya...


http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
Bangi, Selangor Darul Ehsan

Anonymous said...

parlimen pekan calonkan MM

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.