Monday, November 10, 2008

Ali Rustam Akan Menang Timbalan Presiden

pilihanraya kini     12:54 AM    

Ali Rustam akan menang Timbalan Presiden. Pak Lah dikatakan favour Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden berbandinga Muhyiddin yang lantang bersuara. Najib juga katanya lebih selesa dengan calon Timbalan Presiden yang agak low profile dan ikut kehendak bos bukan ambitious macam Muhdyiddin. Lagipun sokongan dari Wanita terhadap Ali Rustam amat kuat. Muhyiddin pula kurang sokongan dari Johor sendiri, perkara ini yang membuatkan Muhyiddin sukar untuk lawan Ali Rustam dan Muhd Taib.

6 comments :

bungaraya said...

Selain dari faktur kekurangan sokongan dari negerinya sendiri dan 'favour' Pak Lah kepada pesaingnya, Muhyiddin juga tidak memiliki 'aora' sebagai orang no 2 dalam UMNO. Sebagai kawan rapatnya ketika berjuang dalam Pemuda, Ali memiliki kelebihan ini dibanding Muhyiddin.
Saya tahu benar kerana saya memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian ketika pak Najib dan Ali dalam Exco Pemuda UMNO Malaysia suatu ketika dulu.
Apa salahnya jika Ali menang dan beliau dilantik oleh Pak Najib sebagai TPM? Tidak bolehkan seorang Senatur memgang posisi tersebut?.

bungaraya - ini bukan soal boleh tak boleh, tapi soal yg lebih jauh..tak kn seorang TPM kena datang daripada senator..fikirkan lah..

kungfu master said...

bungaraya- alangkan si zaid senat-turr pon org xnk jd mintiri, inikan plak senatutttt nk jd TPM.. org len bsusah payan btanding nk jd MP, dia sng2 dapat top seat.. marah org laen wok...

Anonymous said...

Jika ali rustam menjadi TPM maka ia akan dilantik sebagai ahli parlimen. pelbagai masalah akan timbul antaranya ialah:
1. Beliau akan bertukar kerusi dari DUN Bukit Baru ke Parlimen Bukit Katil.
2. Parlimen Bukit Katil BN menang dengan majoriti 1200 undi sahaja.
3. Kekuatan Pakatan Rakyat di Bukit katil terlalu kuat.
4. Parlimen mana akan menjadi korban.
5. Parlimen Jasin di selatan dan parlimen Tangga Batu di utara.Kota Melaka milik DAP.
6. Pergi ke parlimen Tangga Batu akan mengorbankan Datuk Idris Harun.
7. Pergi Parlimen Jasin korbankan Datuk Ahmad Hamzah.
8. Rasa saya Ali rustam akan ke Jasin kerana Ketua Bahagian tidak secocok denganya.
9. Orang Jasin akan korbankan Ali Rustam. bersedia

wénkt said...

Ramai beranggapan bahawa Ali Rustam tidak mungkin menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri dan bukannya Ahli Dewan Rakyat. Hakikat sebenar di dalam perlembagaan, ianya menyebut bahawa Perdana Menteri akan dipilih oleh Yang DiPertuan Agung, dan Perdana Menteri akan melantik Jemaah Menteri di kalangan Ahli Dewan Rakyat. Tiada peruntukkan, syarat minimum atau undang – undang khas untuk melayakkan seseorang menjadi Timbalan Perdana Menteri! Malah, saya sendiri, atau anda, boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri kalau dipilih oleh Perdana Menteri!

Anonymous said...

Dalam sejarah politik Malaysia khasnya dan sejarah politik Melaka amnya setakat ini, hanya seorang sahaja pemimpin UMNO dari Melaka yang telah mencatat sejarah negeri menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Yang di maksudkan ialah Alahyarham Tun Ghafar Baba. Seorang pemimpin yang berwibawa dan tiada tolok bandingnya. Secara rasionalnya, adakah Ali Rustam tergolong didalam kategori ini seperti Tun Ghafar Baba dan bolehkah Ali Rustam memikul tanggungjawab jika di pilih sebagai Timbalan Presiden??

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.