Thursday, November 13, 2008

Apakah Nasib KJ Bila Pak Lah Letak Jawatan Nanti?

pilihanraya kini     12:51 PM    

Satu ketika dia disanjung sebagai salah seorang calon Lelaki Metro oleh TV3. Diangkat dipuja sebagai orang yang muda paling berkuasa di Malaysia. Orang paling berkuasa di Tingkat 4. Orang yang boleh pengaruhi semua orang lain. Orang yang menentukan itu dan ini. Satu pihak lagi mencemuhnya sebagai orang yang bertanggungjawab atas kekalahan besar BN dalam Pilihanraya Umum Ke-12. Nasibnya sekarang bergantung pada pemilihan UMNO pada Mac nanti, jika menang maka survival politik KJ akan terus subur. Jika kalah, mungkin ada plan B yang sedang dirancang oleh KJ. Apa pun yang bakal berlaku, KJ sudah pun ada pengaruhnya yang tersendiri. Ramai kalangan Ketua Pemuda UMNO sekarang yang pro pada KJ. Tidak kurang juga yang membencinya kerana perwatakan dan sikapnya. Usianya masih muda, 32 tahun. Dalam usia semuda ini, apa sahaja boleh berlaku 10, 20 tahun ke hadapan. Kalah sekalipun, KJ masih ada peluang dan masa yang banyak lagi untuk lakukan comeback dalam politik. Nasib KJ masih jauh dan panjang. Apa sahaja boleh berlaku.

12 comments :

Sukj said...

Salam Tuan Blog,

1. Saya adalah Penyokong-KJ no.1

2. KJ boleh kalah 10 kali TETAPI dipenghujungnya KJ akan MENANG.

3. Saya sering memberi semangat kepada KJ dengan menyatakan.."Kemenangan itu terletak dipenghujung perjalanan".

http://suarasukj.blogspot.com

Anonymous said...

SUARA SUKJ
"Kemenangan itu terletak dipenghujung jalan".

Woi... jalan mati tu SUKJ.
Maka terlingkoplah Khairi dengan kroninya.

Sokong berpada-pada, menghina orang jangan sekali. Terutama mereka yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

(Suara Rakyat)

Anonymous said...

Saya rasa nasib KJ kabur di penghujung jalan mati. Bila KJ hancur, SUKJ pun hangus juga.

Anti SUKJ & KJ

J (Jamban)

kicap said...

SAYA kagum ngan KJ sebab usianya yg muda telah boleh semeja ngan org kuat politik yg lain sebab tu saya sokong dia, kalau Khirr x payah lah asyik ngan penyapu jer. kalau Mukhriz dia org bisnes bab politik ayah dia yg uruskan

Anonymous said...

saya pun kagum dengan KJ. muda muda dah jadik politician yg berjaya atas pengaruh ayahnya.
Kemudian dia porak peranda kan negara dengan menggunakan UMNO sampai semua org benci UMNO. Bukan calang orang yang boleh rosakkan negara,UMNO, BN dan menimbulkan kemarahan akar umbi umno (kecuali yang dibayar) dalam masa yg singkat.
memang dia terer (terror)!
Lagi la terer (terror) sampai abang iparnya pun jadi PM balik tabir.
Wow.terer(terror)!

- peminat no. wahid KJ -

Anonymous said...

imej buruk KJ disebabakan oleh pas la....
diorang cakap macam macam...KJ mempengaruhi Pak lah la...bukti takde...ustaz2 dan Ulamak Pas semua buat senyap..takpe fitnah pun..utk Islam....sejahat2 org UMNO,sekapir2 org UMNO diorang tak penah guna Islam utk buat fitnah....

Anonymous said...

betul gua sokong...pendidikan KJ pun tinggi...dia sorang je berani komen pasal biasiswa JPA...pembangkang buat senyap je...ye la nanti marah geng cina depa...HIDUP KJ!!!!!!!

Anonymous said...

KESIAN aku tgk KJ...sebab pak lah mertua dia...dia kena fitnah..bukti pun takde...cakap kosong je boleh...kalau Pkr buat fitnah no hal,,mmg tu kerja diorang..kalau pas aku sedih...korang jawab la sebab guna Islam buat fitnah..........

Anonymous said...

Hidup KJ

KJ adalah bakal pengganti Anwar Ibrahim. Kalau kalah Ketua Pemuda UMNO mari masuk PKR. Hamparan karpet merah sedang menunggu mu untuk menjadi pengganti Anwar. Kami akan pujuk Nurul Izzah kembali kepada mu. Anwar adalah bekas bakal bapa mertua mu KJ. Tinggalkan UMNO itu.

Anonymous said...

Salam Tuan Blog dan penyokong KJ

KJ adalah Jelmaan DSAI. DSAI yg membawa budaya politik wang dlm UMNO dan ianya kini diwarisi oleh KJ. Mungkin dia kelihatan hebat tapi jangan kita menang sorak tapi kampung tergadai seperti yg berlaku di Perak dan Selangor

Anonymous said...

ada bukti nak tuduh KJ guna politik wang??

saya rasa KJ kenyit mata je kot :-)












Papan Tanda Kat Negara Kita Dah Sengetlah :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.