Thursday, November 6, 2008

Khalid Nak Dengar Cakap Hassan Ali atau Teresa Kok.

pilihanraya kini     4:48 PM    


PAS Selangor mencalonkan bekas bendahari agung PKR Abdul Rahman Othman untuk mengambil alih teraju utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini dipangku oleh Low Siew Moi. Timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS itu pada asalnya dijadual memangku jawatan pengurus besar perbadanan tersebut selama setahun sebelum ia mencetuskan kontroversi kerana Low bukan pemimpin Melayu. Susulan siri bantahan itu, exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membincangkan pengganti Low.Dr Hasan, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, dilaporkan berkata, menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman. Kita sama sama PKR nak jaga hati PAS atau nak jaga hati DAP. Siapa yang lebih berpengaruh cakapnya, sama ada Hassan Ali atau Teresa Kok bergabung dengan Ronnie Liu dan Xavier Jayakumar? Khalid Ibrahim nak ikut cakap siapa?

2 comments :

sangkakala said...

Salam,

Bukankah ada dua jawatankuasa yang akan membuat pemilihan itu? Jadi bukan terpulang kepada Khalid Ibrahim sama ada hendak dengar cakap Hassan Ali atau Teresa Kok.

Kalau terpulang kepada Khalid Ibrahim, apa guna pelantikan dua jawatankussa itu?

Anonymous said...

KHALID IBRAHIM MESTI DENGAR CAKAP TERESA KOK...SESAK-SESAK...BOLEH GAK GUNA...KALAU HASAN ALI APA DIA DAPAT...HAMPEHHHHHHHHHHHHHH

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.