Tuesday, November 11, 2008

Shahrizat Akan Lawan Rafidah

pilihanraya kini     8:44 PM    

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini membuat pendirian mengekalkan cadangannya supaya pelan peralihan jawatan nombor satu pergerakan itu diselaraskan dengan UMNO induk pada Mac 2009. Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata: "Jika kita teruskan keputusan yang dibuat Ogos lalu, ini akan menyebabkan jawatan Ketua Wanita UMNO hanya kekal bagi tempoh tiga bulan selepas pemilihan. Seterusnya, jawatan Ketua Wanita UMNO hanya sekadar memangku bagi tempoh tiga tahun manakala jawatan Naib Ketua Wanita terpaksa dikosongkan dan ini merugikan kepimpinan wanita UMNO dalam senario politik hari ini.’’. Lawan Kak Jangan Tak Lawan. Kalah menang belakang kira. Janji lawan.

7 comments :

miniclubman said...

Sejak 8 Mac apa yang telah dibuat oleh Rafidah dalam memulihkan UMNO melalui wanita? Saya rasa lagi cepat alih kuasa lagi banyak kerja dapat dijalankan.

Yesss. kita sokong Shahrizat naik ganti Kak Fidah.

udah udahlah..

kubur kata mari rumah kata pergi.

Anonymous said...

saya sokong kak ijat lawan kak pidah.

Anonymous said...

saya sokong kak izat tapi jangan lupa jasa kak fidah sama

Anonymous said...

SHARIZAT TAK LAWAN RAFIDAH... MAKNANYA SHARIZAT GIGIT JARI AKHIRNYA. SHARIZAT TENTU KALAH NGAN KAMILIA.

YANG PASTI SHARIZAT MESTI LAWAN RAFIDAH... MENANG ATAU KALAH TU SOAL KEDUA.

KALAU RAFIDAH TAK NAK BERUNDUR, LANGGAR.... BIAR DIA TERSUNGKUR. DEGIL SANGAT, MACAM NAK BERKUASA SAMPAI MATI.

Anonymous said...

Sampai bila nak menongkat langit.
ikutlah pelepah nyior - sampai masa pandai je turun.
Pencenla... banyakkan ibadat. Tu tudung bila nak pakai. Tak hipokritnya pakai tudung - wajib tuntutan Islam.
kak jat pun pakai la bagi elok sikit- macam tak mau pakai ja. Ugama ni bukan boleh buat main2

Ni apalah...
Sokonglah calon yang takde rasuah...

Saya sokong pelan peralihan jun...

Eh!! dah batalkan ;-)


Saya dah bagi satu vote untuk rafidah :-)








Papan Tanda Kat Negara Kita Dah Sengetlah :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.