Friday, December 12, 2008

Anwar Ibrahim Bakal Letak Artis Jadi Calon PKR

pilihanraya kini     8:39 PM    

Ketika pilihan raya umum ke-12, Anwar Ibrahim telah berkali kali jemput Yassin (bekas penyanyi kumpulan Brothers) untuk ke rumah terbuka di rumahnya. Dalam Kongres Angkatan Muda PKR di Stadium Melawati baru-baru ini, Yassin dijemput untuk menyanyikan lagu yang memuji muji Anwar Ibrahim untuk menaikkan semangat orang-orang PKR. Bapa penyanyi tersebut iaitu Prof Madya Dr Sulaiman Osman (bapa Yassin) adalah pensyarah TITAS di Pusat Pengajian Umum, UKM. Dr Sulaiman telah mengambil kesempatan untuk memuji Anwar Ibrahim dalam kelas dan mengkritik kerajaan secara terbuka.

Dalam Kongres Pakatan Rakyat juga baru-baru ini, seorang perwakilan dari Johor menyatakan bahawa Mawi juga pernah memanjat pokok dan mengantung bendera PKR pada tahun 1999 di kawasan Felda Taib Andak. Anwar Ibrahim nampaknya mengidam Mawi untuk jadi calon Menteri Besar Johor nampaknya. Seorang lagi artis yang pro Anwar Ibrahim adalah Wardina. Bapa Wardina iaitu Fadhullah Clive Wilmot adalah bekas ahli ABIM dan baik dengan Anwar Ibrahim. Fadhullah berbangsa Anglo Saxon Australia dan telah berkahwin dengan seorang wanita Acheh. Artis-artis lain yang pro kepada Anwar Ibrahim adalah Ras Adiba Radhi, Zaini Ahmad (penyampai berita NTV7), Pyan Habib, Ning Baizura, Amy Search, Zizie Izzete dan Yasmin Ahmad. Modus operandi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim sama dengan modus operandi Amin Rais (Parti PAN) dan Gus Dur (PKB) di Indonesia. Mereka ini pro Amerika, sama dengan Anwar Ibrahim dan termasuk dalam grand design RAND Corporation bagi membina Moderate Muslims.
Gus Dur menjadi penaung kepada LibForAll Foundation, sebuah yayasan Amerika yang menaja The Wahid Institute (badan pemikir Gus Dur) & penaung kumpulan DEWA 19. Artis Dewa 19, Ahmad Dhani pernah dijemput ke Amerika Syarikat untuk menyampaikan ceramah bagi melawan teorrist dan menyokong Israel.

Amin Rais pula meletakkan calon-calon artis paling ramai sebagai calon dalam parti PAN. Kaedah menggunakan artis & tokoh popular merupakan strategi RAND Corporation untuk meramaikan rangkaian kumpulan Muslim Moderate bagi menewaskan kumpulan Muslim Fundamentalis. Tidak mustahil, Yassin, Mawi, Ras Adiba Radhi atau Ning Baizura bakal menjadi pilihan Anwar Ibrahim untuk menjadi calon PKR. Itu pun kalau mereka mahu.

4 comments :

yasmin said...

salaam.

with all due respects, you have no right to assume i support anwar. the whole world knows i would NEVER support anyone who is against my beloved dr mahathir.

antisodom said...

sorang lagi artis yg rapat dgn anwar ialah sofea jane

dariana said...

wah2... banyak belit akai hang..

Anonymous said...

yasmin..if u not support anyone..don't make a mualaf movie..so confusing

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.