Monday, December 29, 2008

Bersatulah PAS dan UMNO Melawan DAP

pilihanraya kini     10:29 PM    


Karpal Singh selar PAS kerana masih kekalkan agenda negara Islam. PAS pula dalam masa yang sama masih lagi melukut di tepi gantang sedangkan yang menguasai gantang adalah Karpal, Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Menurut Karpal Singh "PAS harus bersikap praktikal kerana PAS sendiri tidak mampu memperoleh majoriti 2/3 untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam".

Apa lagi yang ditunggu oleh orang orang PAS? Tunggu buah kelapa jatuh dari langit? Jangan mimpilah, DAP sampai bila-bila pun tidak akan mahu negara Islam. Hanya MCA dan MIC sahaja yang boleh terima UMNO untuk buat negara Islam.

DAP memang tak ikhlas dengan PAS. Hanya orang PAS yang tidak serik-serik percaya pada DAP. Apa nak tunggu lagi, marilah berpakat dengan UMNO menjadi satu parti, baru boleh buat negara Islam.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.