Tuesday, December 16, 2008

Yassin Brothers Mengaku Sokong PKR

pilihanraya kini     4:16 PM    


Oleh Aida Azura Azemi, Sinar Harian

Shah Alam - Jika artis lain gemar berdolak-dalik tentang pendirian politik mereka, perkara sebaliknya menjadi pegangan penyanyi dan komposer terkenal, Yassin Sulaiman.

Yassin berterus terang, dia merupakan penyokong kuat perjuangan PKR, malah telah bersama-sama parti berkenaan sebelum penasihatnya, Anwar Ibrahim ditangkap pada 1998 lagi.

Perkara ini disuarakan Yassin ketika Sinar Harian menghubunginya semalam untuk bertanyakan isu terbaru menyebut dia kini seolah-olah 'artis ikon' bagi PKR setelah membuat persembahan sempena Kongres Nasional PKR kelima yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, 28 November lalu.

Sebelum ini, Yassin juga dikatakan pernah membuat persembahan sambutan Aidiladha di kediaman Anwar.

" Saya tidak pernah menyembunyikan pendirian politik saya. Rata-rata orang pun tahu tentang (sokongan kepada PKR) ini. Lagi pun sudah sampai satu tahap di mana saya rasa rakyat Malaysia benar-benar mempunyai kebebasan untuk bersuara dan tidak perlu takut-takut lagi untuk "agree to disagree"

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya tidak boleh duduk semeja dengan penyokong parti lain, malah saya mempunyai ramai kawan daripada Pemuda UMNO"

"Sebagai artis, saya juga tiada masalah untuk menjayakan tawaran persembahan daripada parti lain sekirannya ada", ujarnya yang mengaku tidak berminat untuk menceburi bidang politik buat masa sekarang, tetapi sentiasa setia mengikuti dan menyokong perkembangan PKR dari masa ke semasa.

Dipetik dari Sinar Harian, 16 Disember 2008.

9 comments :

Anonymous said...

Negara demokrasi.. berhak memilih mana-mana parti politik

Pyanhabib said...

salah ke yassin sokong pkr?

kulupSakah said...

woiii beli cd yassin!!
salah apa pulak? takkan nak sokong perasuah pulak..

dariana said...

kau ada hak yassin. ini negara memilih cara demokrasi. ada parti2. pilih ajelah yg kau rasa bahgia dengannya. tidak salah enta pilih pkr. pilih pas lagi bagus. semua parti berdaftar layak dipilih peduli apa org lain.hak kita. org lain takyah nak sibuk.

Anonymous said...

biarlah Yasin sokong PKR sebab memang dari dulu lagi dia di didik oleh Ustaz Rock drp Kelantan bernama Ustaz Zahidin Mahmood (Pengasas Institut Bimbingan Ummah yg telah menyesatkan ramai ummah ) mengalunkan zikir munajatpun menanggis tapi rupa rupanya rakaman dlm kaset....

Anonymous said...

memang yasing jenis gila glamor...biarlah dia dgn khayalannya tersendiri tuu

raobidor said...

sebenarnya bagi orangg waras memang memalukan untuk mengaku masih lagi penyokong BN @ UMNO.

dad8home said...

Tak salah nak sokong mana tapi mulut dan perangai kena jaga. Masa pilihanraya pamhkah je yg mana berkenan. Tak payah kutuk kutuk, fitnah jadi jauh dari dosa.

Anonymous said...

Aku tetap sokong umno dan bn selamanya. PKR boleh blah

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.