Thursday, February 14, 2008

Sombong Hadi Awang Di Kepala Batas


SOMBONGNYA HADI AWANG


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia bertanding satu lawan satu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kawasan Parlimen Kepala Batas dalam pilihanraya umum ke-12 ini.

Katanya beliau akur untuk bertanding di kawasan tersebut jika itu yang dimahukan oleh parti berkenaan.

"Kalau parti minta saya bertanding (di Kepala Batas), saya sedia. Saya ikut keputusan parti. (Tetapi) bertanding atau tidak bertanding bukannya penting, yang penting kita buat kerja untuk perubahan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Kuala Terangganu ketika bagi mengulas pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, demikian menurut Bernama.

Abdul Hadi, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang, bagaimanapun berkata keputusan muktamad mengenai perkara itu terserah kepada PAS Pulau Pinang untuk menentukannya.
Akhir sekali Hadi Awang kata beliau juga bersedia untuk bertanding di kawasan-kawasan lain jika dicalonkan untuk berbuat demikian. Inilah drama Hadi Awang. Terengganu pun boleh kalah tak akan boleh menang di Kepala Batas.

Wednesday, February 13, 2008

Tidak ada siapa yang takut dengan Anwar Ibrahim!!

Dato' Seri Anwar Ibrahim mengatakan YAB Dato' Seri Abdullah sebagai takut kepadanya kerana telah membubarkan Parlimen pada 13 Februari. (hari ini).

Siapa takut siapa? Pak Lah sebagai PM mempunyai kuasa membubarkan Parlimen. Dalam soal ini PM tak perlu mengikut Anwar atau sesiapa sahaja. yang jelas Anwar kempunan dalam pilihan raya kali ini untuk menjadi YB. Hancurlah hasrat anwar. Anwar hanya mampu bersorak kampung dalam pilihan raya tetapi tidak jadi wakil rakyat.


Nak takut apa? Bukankah formula anwar ialah kalau dia tak bertanding selepas ini beliau akan gunakan taktik pilihan raya kecil. Jadi teruskan lah kaedah itu.


Kalaulah BN menang besar majoriti 2/3 tahun ini maka hancurlah usia tua Anwar Ibrahim untuk sisa perjuangan dalam politik. beliau nampaknya terpaksa akur dengan takdir hidupnya bahawa beliau telah ditolak rakyat. Anwar sedar bahawa peluang beliau semakin tipis. BN tetap akan menang besar. Kalau lah matlamat memang mereka tak tercapai bermakna strategi pilihan raya kecil juga akan gagal.


Siapa agaknya mahu menyerahkan kuasa kepada Anwar? risiko apa yang mungkin akan ditanggung jika PR kecil juga menemui titik kegagalan. Ternyata hanya org seperti Anwar yang gila kuasa sahaja yang akan sanggup menjual bangsanya. Anwar sanggup bersekongkol dengan Yahudi untuk mencapai cita-citanya. Bagi rakyat pandai-pandailah berfikir.


Bagi Pak Lah beliau tahu..kemenangan ditangannya. BN akan kembali memerintah. Pak Lah mengutamakan kiraan matematik untuk berjaya. Anwar hanya retorik sahaja. Lantaran itu di zaman mahathir pun Anwar sering gagal membaca langkah gerak kerja Mahathir yang 10 kali mendahuluinya. Anwar hanya bersulam dengan nafsu itulah kelemahannya.

Akhirnya Parlimen Bubar


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini.Abdullah mengumumkan pembubaran tersebut dalam satu sidang akhbar khas di pejabatnya pada jam 12.30 tengahari tadi.Katanya, kerajaan-kerajaan negeri juga telah dinasihatkan supaya mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, juga berkuatkuasa hari ini.


Bagaimanapun, bagi Sarawak, pilihanraya umum kali ini hanya membabitkan kerusi Parlimen.Demam pilihanraya sudahpun bermula sejak awal tahun ini ekoran ramalan para pemerhati politik dan juga ahli-ahli politik bahawa pilihanraya umum akan didadakan bulan depan.Sebelum ini, penganalisa politik dan pihak media juga meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada 13 Februari (hari ini) kerana 13 merupakan nombor kegemaran Perdana Menteri.SPR mesyuarat esokBercakap dalam sidang akhbar tersebut, Perdana Menteri berkata, beliau telah mengadap Seri Paduka pagi tadi dan baginda telah berkenan supaya Parlimen ke-11 dibubarkan berkuatkuasa hari ini bagi membolehkan pilihanraya umum ke-12 diadakan.


“Seri Paduka telah menandatangani pengisytiharan pembubaran Parlimen hari ini. Kerajaan-kerajaan negeri juga telah dinasihatkan supaya mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa pada tarikh yang sama,” katanya.Menurut Abdullah lagi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Parlimen telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.Perdana Menteri berkata, SPR akan menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya umum ke-12.SPR dilaporkan akan mengadakan mesyuaratnya esok berhubung perkara tersebut.


Ditanya mengapa semalam beliau mengatakan bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini, Abdullah menjawab:“Saya tak boleh beri sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran Parlimen kerana Yang di-Pertuan Agong belum lagi buat keputusan...macam mana saya nak buat kenyataan... (atau) bagi isyarat... tak boleh...Yang di-Pertuan Agong belum buat keputusan...”Buat penilaianDitanya mengenai signifikan 13 Februari untuk membubarkan Parlimen, Perdana Menteri menjawab: “Tidak perlu ulas...yang penting Yang di-Pertuan Agong telah buat keputusan memperkenankan hari ini Parlimen dibubarkan.”

Menjawab soalan wartawan seterusnya, Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) berharap mendapat kemenangan besar, sekurang-kurangnya dua pertiga.Beliau juga berkata, jentera pilihanraya BN telahpun disusun dan akan digerakkan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-12.


Ditanya mengenai muka-muka baru yang akan diketengahkan oleh BN kali ini, Abdullah Berkata: “Bila senarai ditetapkan maka waktu itu kita akan tahu berapa muka lama dan berapa muka baru.”Perdana Menteri juga menasihatkan pengundi supaya memahami perkara dan isu-isu yang berkaitan dengan negara dan secara objektif membuat penilian bila tiba masanya untuk mengundi.“Harapan saya semasa pilihanraya ini terutama pada hari pencalonan dan pengundian, tiada apa-apa gangguan yang akan menyusahkan rakyat kita untuk pergi ke tempat undi untuk melaksanakan hak mereka untuk mengundi calon pilihan mereka,” tambahnya.


Tentu tarikhSementara itu, SPR yang akan bermesyuarat esok akan menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihanraya umum ke-12.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, SPR akan membincangkan pelbagai perkara dalam menentukan kedua-dua tarikh itu, termasuk keadaan negara dan keselamatan masyarakat."SPR akan memberikan ruang yang sesuai untuk tempoh pencalonan dan seterusnya tempoh berkempen sebelum pengundian diadakan," katanya dalam wawancara secara langsung dengan RTM.Wawancara itu disiarkan selepas perdana menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, berkuatkuasa hari ini bagi mengadakan pilihanraya umum. Rashid berkata SPR akan mengkaji keadaan semasa bagi menentukan pilihanraya diadakan dalam keadaan yang selamat dan kondusif.