Wednesday, June 25, 2008

Sanglang Bakal Ubah Politik Negara

Dato' Seri Shahidan Kassim (Bakal Naib Presiden UMNO) diiringi oleh Datuk Hashim Suboh (Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Ketua Penerangan UMNO Perlis) akan memastikan Sanglang menjadi padang jarak padang tekukur bagi PAS. Dalam beberapa pertemuan dengan pengundi di Sanglang oleh Dato' Seri Shahidan, respon yang diberikan penduduk terhadap UMNO masih lagi kuat. Semua Ketua Ketua Cawangan UMNO dan orang orang berpengaruh di kawasan turun dalam program yang diadakan.
Seorang penduduk yang ditemui di pasar malam setiap Isnin di Kuala Sanglang menyatakan pilihan raya kecil adalah rahmat bagi pengundi Sanglang. Mereka memohon jalan jalan kampung agar dibesarkan dan jalan dibaiki. Pengundi juga memohon agar MARA dan kerajaan membantu usahawan untuk berniaga di kawasan tepian pantai.


Dato' Seri Mohd Isa Sabu (Menteri Besar Perlis) dan YB Syed Razlan Syed Jamalulail (ADUN Pauh) kini sudah ngam kembali dengan kem Dato' Seri Shahidan. Biduk berlalu kiambang bertaut kembali. PAS bakal menghadapi tentangan yang sengit daripada UMNO Perlis. Harus diingat bahawa Perlis adalah negeri tempat lahirnya singa-singa UMNO seperti Shahidan, Dato Radzhi, Azmi, Zahidi, Syed Razlan dan Mohd Isa sendiri.
Haron Din pun sudah kalah dua kali bertemu dengan singa singa UMNO di Perlis. Kemenangan besar BN di Sanglang akan membuka mata ramai pihak bahawa UMNO masih lagi relevan, kuat dan berpengaruh di kalangan orang Melayu. Ada juga kalangan pengundi sudah bercakap cakap tentang siapakah bakal calon BN di Sanglang nanti.
Antara yang disebut ialah;
1) Dato' Rozabil Abdul Rahman (Ketua Pemuda Arau, bekas SU Politik Dato' Seri Shahidan Kassim)
2) Haji Abdullah Hassan (AJK UMNO Bahagian Arau, bekas calon BN di Sanglang)
3) Dato' Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis)
4) Haji Sulaiman Shafie (Naib Ketua UMNO Bahagian Arau, bekas Speaker DUN)
5) Ridzuan Hassan (AJK UMNO Bahagian Arau, pengendali Satay Haji Samuri Kajang)
6) Syukri Saat (Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Arau)
7) Kamaruddin Yong (orang Dato' Radzhi Sheikh, usahawan)
8) Dato' Mastika Junaidah (Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau)
9) Ahmad Awang (AJK UMNO Bahagian Arau, bekas pegawai JASA)
10) Suerandi Ahmad (Naib Ketua Pemuda UMNO, Setiausaha UMNO Bahagian Arau)
11) Hajah Sabani Ahmad (Naib Ketua Wanita Arau)
Semua calon calon ini berkemampuan untuk menewaskan siapa sahaja calon PAS di Sanglang. PAS akan makan asap ja di Sanglang.

Tuesday, June 24, 2008

Mufti Bakal Bertanding di Sanglang

Menurut sumber terdekat, Dr Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis) sekarang ini disebut sebut bakal bertanding di DUN Sanglang. Dr Asri dikatakan antara calon favourite dari BN jika Haron Din bertanding atas tiket PAS di Sanglang. Penduduk yang ditemui berkata, "inilah barulah buku bertemu ruas".


Pada 22 Jun 2008, Mohd Sabu (Naib Presiden PAS) telah datang berceramah di Markas Besar PAS Simpang Sanglang. Berdengar dengar ceramah Mohd Sabu. Namun yang hadir tidak sampai pun seribu orang. Semua orang dah kenal siapa Mohd Sabu. Jika kawasan berdekatan dengan laut dia memang terkenal. Misalnya Kuala Kedah, Kuala Terengganu dan Sanglang yang majoriti penduduknya bekerja sebagai nelayan. Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis) memberitahu PAS mungkin tidak akan boikot pilihanraya Sanglang. Jika jadi pilihanraya, maka Hashim berkata dia akan mengurung Mohd Sabu selama 10 hari di Sanglang. Hebat sangatkah Mohd Sabu? Orang Sanglang kata kami kenal siapa Mohd Sabu. Malah kami juga kenal siapa dia Normah yang pernah ditangkap khalwat dengan Mohd Sabu di Hotel Perdana dulu.

Monday, June 23, 2008

PAS takut bertanding di Sanglang

Panglima-panglima Shahidan Kassim (bakal Naib Presiden UMNO) iaitu dari kiri, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Pengerusi UMNO Perlis), Kak Cik Azihani Ali (Ketua Wanita UMNO Perlis), Hamunir Hamzah (Ketua Pemuda UMNO Kangar) dan Hashim Suboh (Ketua Penerangan UMNO Perlis). Di Sanglang, semuanya akan berkampung memenangi kerusi Sanglang untuk menjaga maruah Shahidan di Arau. Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh PAS. Belum dicampur panglima panglima UMNO daripada seluruh negara yang bakal berkubu di Sanglang.
PAS sudah berkata kata mahu memboikot pilihan raya kecil di Sanglang. PAS menyalahkan mahkamah bersikap double standard kepada mereka bila tidak mengisytiharkan terus Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis) sebagai pemenang. Sebenarnya PAS takut hendak bertanding di Perlis. PAS takut dengan Shahidan Kassim yang memang terkenal sebagai hulubalang UMNO yang terbilang di Perlis. Walaupun sudah bergelar bekas MB tetapi Shahidan masih lagi menjadi idola di kalangan masyarakat Perlis.

Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) katanya mahu mencuba nasib sekali lagi di Sanglang. Haron Din berfikir dua kali juga kalau ingin bertanding di Sanglang. Ini kerana orang Sanglang sudah kenal Haron Din sejak kecil lagi. Orang Sanglang juga kenal benar budi baik Shahidan Kassim kepada mereka. Jasa jasa Shahidan masih melekat dalam hati orang Sanglang.

Wednesday, June 18, 2008

Kita Bertemu Di Sanglang Perlis

KANGAR 18 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu dikosongkan apabila mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi itu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut. Keputusan itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil untuk kawasan tersebut.
Dato' Rozabil Abdul Rahman di sebelah kiri adalah Ketua Pemuda UMNO Arau merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis, bersama dengan YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau dan Dato' Norza Zakaria (Ketua Pemuda UMNO Wilayah, penaja UMNO Reform).



Inilah bakal calon BN di DUN Sanglang. Rozabil Abdul Rahman adalah bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Shahidan Kassim. Rozabil adalah adik kepada Rozaid Abdul Rahman, bekas SU Akhbar Khaled Nordin di Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi. Rozabil memang sudah lama bercita cita hendak menjadi YB di Sanglang tetapi hajatnya tidak kesampaian bila dicantas oleh orang Dato' Azmi dan Dato' Radzhi. Kali ini peluang Rozabil terbuka luas. Rozabil yang memang sahabat baik dengan Khairy sejak di London lagi akan menjadi bakal YB di Sanglang. Seterusnya mempersiapkan dirinya untuk menggantikan YAB Mat Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis pada penggal 2012. Rozabil juga bercita cita melawan Reezal Merican sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Selain Rozabil, Tuan Haji Sulaiman Shafie (Naib Ketua UMNO Bahagian Arau), Dato' Mastika Junaidah (Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau), Kamaruddin Yong (Usahawan, orang Dato' Radzhi) bakal menjadi calon pilihan untuk bertanding atas tiket BN di Sanglang. Menurut sumber terdekat, setakat jam 1 tengahari tadi, Rozabil sudah pun diminta turun padang bersama dengan pemuda pemuda UMNO Perlis untuk menggempur DUN Sanglang. Lawannya ialah Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) atau Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis). Minyak hampir pasti menjadi isu utama di Sanglang.