Thursday, July 31, 2008

Anwar Penakut Bertanding di Tempat Isteri


Penakut, penakut dan penakut. Ini ayat yang sesuai untuk Anwar setelah umum bertanding di Permatang Pauh. Berlindung di tempat selamat. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia. Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus. Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.
Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.Katanya, sejak dari mula-mula bertanding dahulu lagi, beliau sedia mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.
Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS. Katanya, beliau merasakan "inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa".

Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah."Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif," katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Anwar bukan anak jantan bila bertanding di tempat isterinya. Anwar akan berdepan dengan jentera BN yang kuat kali ini. Tunggulah di Permatang Pauh, wartawan PilihanRayaKini akan berkampung di sana untuk liputan seterusnya. Ezam bakal cabar Anwar di sana nanti.

Wednesday, July 23, 2008

UMNO Sudah Bersilat di Sanglang

Tan Sri Muhd Taib, Datuk Shahrizat Jalil, Dato Noh Omar dan beberapa orang lagi jeneral perang UMNO sudah pun membuka gelanggang untuk bersilat dengan parti pembangkang di Sanglang. Cuma menanti keputusan mahkamah sama ada menolak atau menerima rayuan dari PAS sahaja.
Dato' Seri Shahidan Kassim (Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis) turut sama berganding bahu bersama Tan Sri Muhammad Taib untuk menewaskan siapa sahaja bakal calon PAS di Sanglang. Siaplah PAS nanti, Sanglang akan jadi kenangan paling pahit buat PAS nanti. Kalau berani lawanlah !!!!

YAB Dato' Seri Dr Mohd Isa Sabu (Menteri Besar Perlis) turut bersama turun padang meraikan kehadiran Tan Sri Muhammad Taib (Ketua Penerangan UMNO Malaysia. PAS pasti gelisah untuk melawan panglima-panglima UMNO ini yang sudah pun bersilat terlebih dahulu di Sanglang. PAS pula sibuk memberi beras dari rumah rumah di Kampung Bongor Kudung untuk mempengaruhi pengundi. Mentang mentang harga beras naik, PAS ambil kesempatan atas kesempitan yang berlaku. PAS nak bagi kelabu mata pengundi sahaja, sejak 1999 mereka menang satu habuk pun tiada pembangunan di Sanglang. Apa yang ada hanya ceramah, ceramah dan ceramah.

Saturday, July 5, 2008

Sanglang Akan Jadi Padang Jarak Padang Terkukur Buat PAS

MB Perlis mencium tangan ibunya yang juga adalah pejuang politik UMNO. Dato’ Seri Mohd Isa Sabu (Menteri Besar Perlis) akan berganding bahu dengan Dato’ Seri Shahidan Kassim (Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis) bagi mengalahkan PAS di Sanglang. Jentera UMNO Bahagian Arau sudah pun bergerak dari rumah ke rumah melakukan penerangan isu semasa termasuklah isu isu minyak.

Dato’ Seri Mohd Isa Sabu yang memang dikenali sebagai seorang yang humble, mudah didampingi dan pandai mengambil hati rakyat akan menjadi senjata paling ampuh BN untuk menang di Sanglang. Ditambah pula dengan peribadi Dato’ Seri Shahidan Kassim yang rendah diri, pemurah dan hemoi akan membuatkan pihak PAS lebih bermasalah di Sanglang.
Kerjasama baik antara Dato' Seri Shahidan dengan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin serta hubungan baik dengan istana menjadikan perpaduan pasukan UMNO di Perlis amat kuat dan sukar digugat. Dengan kehadiran lebih 5,000 orang semasa pelancaran gerak kerja pilihan raya oleh YB Khairy Jamaluddin semalam di Kuala Perlis, orang orang PAS pastinya kecut perut menanti gelombang biru melanda Sanglang.

PAS sepatutnya menyalahkan petugas SPR PAS yang telah menandatandangi borang 14 di Petiundi Sanglang sebagai punca kekalahan PAS di Sanglang. Jika petugas tersebut tidak sain borang 14 maka tidak mungkin berlaku kesilapan. Mengapa hendak salahkan SPR lagi, PAS kena salahkan diri sendiri. Sanglang akan jadi padang jarak padang terkukur buat PAS nanti.



Friday, July 4, 2008

Khairy Jamaluddin Sudah Gempur Sanglang

YB Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia) @ Chik telah datang menggempur Sanglang pada 4 Julai 2008 di Iglo, Kuala Perlis. Keberanian YB Khairy berdepan dengan jentera PAS membuktikan bahawa KJ adalah seorang pemuda yang berani dan pejuang yang sejati.

Seramai 5,000 ketua-ketua Pemuda UMNO daripada seluruh negeri Perlis telah hadir. Mereka mendapat suntikan semangat dan inspirasi daripada ucapan berani KJ. Ini membayangkan bahawa PAS akan mendapat tentangan sengit di Sanglang.

PAS telah memfailkan petisyen rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada 26 Jun 2008. Hanipa Maidin (Peguam PAS) telah menyatakan bahawa Sanglang perlu dibawa ke peringkat mahkamah untuk memberikan keadilan kepada PAS. Jentera PAS sendiri nampaknya telah berpecah belah di peringkat bawahan. Hashim Jasin dan Haron Din masing masing mencipta puak yang tersendiri.

Seorang ahli PAS yang ditemui lebih gemar kalau adik ipar Ustaz Haji Lah bertanding di Sanglang mewakiili PAS. Kebetulan adik ipar Ustaz Haji Lah tinggal di hadapan rumah Haji Lah di Bongor Kudung. Orang-orang Haron Din di Behor Mali sudah mula menuduh team Hashim Jasin songlap duit.

Khabarnya duit bernilai RM5juta ringgit telah ditaburkan oleh Haji Hadi di Sanglang. Mohd Sabu sendiri sudah mendapat kontrak penceramah bernilai RM300,000 untuk berkempen di Sanglang. Mohd Sabu katanya sudah dibawa melawat tapak tapak ceramah PAS di sekitar Sanglang. PAS sudah pun marking pengundi satu persatu di Padang Keria, Simpang Sanglang, Bongor Kudung dan Bunga Mas.

Inilah bakal “kantin” petugas petugas pilihanraya Sanglang. Hidangan makan yang enak berupa sotong dan ikan bakar akan menjadi pengalas perut setelah penat lelah menggantung bendera dan berceramah. Jika makan di waktu petang, petugas pilihan raya boleh melihat sunset secara live di tepi laut ini. Petugas pilihanraya pasti tidak akan menyesal jika datang ke Perlis. Seribu satu cerita dan seribu satu keindahan bakal menanti di Indera Kayangan. Jangan lupa bawa duit banyak banyak untuk shopping baju Euro di Padang Besar.