Friday, September 26, 2008

Khairy, Mukhriz, Toyo dan Zahidi

Empat orang ni tawar diri untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sorang dari Rembau, sorang dari Selangor, sorang dari Kedah dan sorang lagi dari Perlis. Betapa demokrasinya Malaysia, ada banyak pilihan untuk diundi oleh perwakilan pemuda. Nak pilih siapa pun, pilih la. Jangan main kotor sudah lah. Pemuda memang perlukan pejuang yang berani untuk pulihkan semula UMNO dan kembalikan keyakinan orang muda pada UMNO. Bijaklah membuat pilihan. Duit bukan segalanya tetapi segalanya bermula dengan duit. Nak pilih hartawan atau pemimpin? Pisau dan timun di tangan anda.

Thursday, September 25, 2008

Minyak Turun 10 Sen, Tiket Bas Mahal Gila


Panglima pelik betul dengan pengusaha bas sekarang ni. Hari ini minyak turun lagi 10 sen. Bas semalam tak dak langsung yang lalu kat highway sebab nak tunggu harga minyak baru. Bas isi pakai harga minyak subsidi tak pakai harga biasa macam orang lain. Tol pun murah, diskaun lagi 50%. Bas complaint pasal kos operasi meningkat. Ada yang mintak nak naikkan harga tiket sampai 100%. Panglima ingat pengusaha bas adalah pengcekik darah terhebat musim raya ni. Kemudahan operasi meningkat apanya. Tengok sendirilah Pudu tu macam manalah keadaannya. Sesak, Kotor dan Buruk je bangunan dia. Rakyat patut boikot bas. Mereka ni menangguk di air keruh je banyak. Masa nak beli tiket mulut manis..dah naik atas bas layan macam kita ni tumpang bas dia orang je. Ada ke patut macam tu kan..

Tuesday, September 23, 2008

Raja Petra sent to Kamunting


Malaysia Today editor Raja Petra Kamarudin was sent to the Kamunting Detention Centre in Taiping, Perak, this morning to begin his two-year detention without trial under the Internal Security Act. Home Minister Syed Hamid Albar last night signed the detention order for the blogger to be held under section 8(1) of the tough security law. Under the Act, the initial two-year detention period can be renewed indefinitely.According to journalists stationed outside the Kamunting detention camp, Raja Petra arrived at 11.50am in a white van with heavily-tinted windows."The act by the minister to sign the section 8 order yesterday is completely unacceptable," said Raja Petra's lead lawyer Malik Imtiaz.

Monday, September 22, 2008

Ehud Olmert Resign


He has resign as Isreal Prime Minister. Do you think Israel will behave more moderate and mercy to Palestinian? No..No.. No..It's just a lipstick change in their movement. Their mind are still rude and crook. Why not as a Malaysian, we stand together to build this country...better and better for our live. Please tell Mr Anwar Ibrahim, stop dreaming and start working in Permatang Pauh office. His voter need to claim his promise. Mana duit raya nih...nyorok kat Segambut ke?

Sunday, September 21, 2008

Fix Ringgit, Lower Oil Prices

Tomorrow a new finance minister will meet MOF to discuss about RM. Panglima strongly suggest Finance Minister to fix again ringgit. Before Raya, rakyat really want a new price for petrol. If u can do this, you rating will be higher. Rakyat will boost their confidence to goverment after they have been cheated by Anwar's 916. Thanks Najib.

Friday, September 19, 2008

Siapa Bakal Menang 3 Naib Presiden UMNO


Pemilihan UMNO akan bersambung kembali selepas Hari Raya Aidilfitri. 3 orang akan dipilih sebagai Naib Presiden UMNO untuk mengapit Presiden dan Timbalan Presiden bagi mentadbir parti UMNO. Pada tahun 2004, calon yang menang ialah Tan Sri Mohd Isa Samad (1,507 undi), Tan Sri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi). Dengan jumlah perwakilan kali ini berjumlah kira kira 2,483 orang daripada 191 bahagian. Calon yang mendapat undi lebih daripada 1,000 undi sudah boleh berkira-kira untuk menjadi Naib Presiden. Pertarungan kali ini berpecah kepada hampir 10 penjuru. Sengit dan amat sengit ketika UMNO dilanda krisis kekalahan paling teruk akibat kehilangan 5 kerusi dalam pilihan raya umum ke-12. Siapa yang akan dapat kepercayaan untuk menerajui UMNO kembali?

Amerika Pergunakan Anwar Ibrahim


Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar Kata Dia Tak Gila

"Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila."Demikian reaksi Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini apabila ditanya lagi butiran mengenai senarai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan telah bersetuju untuk beralih ke Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru persekutuan dibentuk. Anwar macam mengaku je dia suka berbohong. Hairan betul panglima, masih ada lagi orang yang percaya dengan cakap dia. Nasib baik tak gila ja. Mana ada orang gila mengaku dia gila. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama masuk wad psiakiatri.

Thursday, September 18, 2008

Mengada Ngada Pulak Zaid Ibrahim Ni

Udah lah tu Zaid. Kalau muka tak malu, pipi tersorong sorong lagi buat apa. Kalau dah letak jawatan Menteri kerana takut cabaran, letak semualah senang. Buat apa lagi jadi Senator. Kau memang penakut pun untuk bersuara. Jadi Senator lagi lah kau diam. Takkan makan gaji buta kot. Masa ISA kau lawan. Masa "Forum Memeluk Islam" kau diam ja. Apa cerita ni Zaid...letak separuh separuh bukan anak jantan lah..letak semua lah baru gentelman. Berani ke letak semua?

Wednesday, September 17, 2008

Anwar & The Five Dwarf From Taiwan

He send five dwarf to Taiwan. Unfortunately, that "katak" does'nt jump anywhere. What happen hahh...that why Hadi and Nik Aziz said all Anwar dream was a "Mat Jenin Dream". U know...Mat Jenin always dream he is a Prime Minister since 1998. Is this a new disease? That five dwarf have take a holiday in Taiwan, they just sleep in Hotel Sheraton but claiming they meet 49 "katak". Anwar should investigate his five dwarf...

Tuesday, September 16, 2008

Anwar The Joker

The Joker create chaos in Gotham City. Anwar creates issues in his country. Anwar need psytherapist and consultant about his ambitious dream. Why so seriuos hah...i think Anwar and The Joker play same role but in different town and stage. Batman help me..another Joker is in Kuala Lumpur now..help help

Anwar Kemaruk Sangat Jawatan Perdana Menteri

Pada jam 2 petang tadi, Anwar menggesa kerajaan BN supaya menyerahkan kuasa secara aman dan tidak menguatkuasakan undang-undang darurat."Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," kata Anwar Ibrahim. Siapa yang nak cetuskan darurat? Nampak sangat lah Anwar ni nak main sentimen ketakutan dan paksa Pak Lah serah jawatan kepada dia. Siapa Anwar untuk tentukan PM jadi milik dia atau tidak. Ini hak rakyat yang memilih. Malaysia ini rakyat yang punya, bukan Anwar yang punya.

Teresa Dilayan Baik Dalam Tahanan ISA

Kok Kim Tong dan Pong Seh Kwon, ibubapa Teresa Kok dibenarkan berjumpa dengan anak mereka selama kira-kira sejam mulai 2 petang di ibu pejabat polis Bukit Aman. Teresa diberikan pati ayam dan ubat herba oleh ibubapanya. Kalau ikutkan peraturan, Teresa tidak dibenarkan dilawati oleh sesiapa tetapi inilah keadilan kepada Teresa. Apa lagi yang tidak adil dalam ISA. Kalau Zaid Ibrahim nak letak jawatan, letak lah. Kat Kota Bharu pun orang dah tak terima lagi Zaid Ibrahim, dapat 17 pencalonan je, mana cukup nak lawan Ketua Bahagian.

Friday, September 12, 2008

Azan: Pembesar Suara Mahu Diperlahankan


Dalam Malaysiakini, DAP mula berdalih tentang azan. Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ. Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut. Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam. Hanya berapa minit sahaja Azan? Bukankah sebelum Subuh itu pembesar suara itu untuk Azan juga? Berdasarkan kenyataan ini memang jelas DAP tidak suka pembesar suara menguatkan kuliah Subuh, kuliah Maghrib dan bacaan ayat ayat Al-Quran.

Wednesday, September 10, 2008

Ahmad Ismail Ejen Anwar?

Ada orang SMS kat Panglima beritahu bahawa Datuk Ahmad Ismail sebenarnya ialah boneka Anwar Ibrahim untuk menjayakan misi lompat parti dengan cara menimbulkan rasa marah orang orang MCA dan Gerakan. Lagipun di Sabah dan Sarawak, majoriti ahli parlimen BN adalah berbangsa Cina. Mereka beritahu bahawa semasa berucap sebut orang Cina sebagai pendatang ada sorang wartawan dari Chin Chew Jit Poh hadir sama. Tak kan lah Datuk Ahmad Ismail tidak boleh beza antara orang Melayu dan Cina ? Kenapa cakap juga perkara tersebut. Kemudian ada cerita kata poster dan bendera dikoyak serta dipijak oleh orang UMNO.

Hai pelik betul lah nih. Ini bukan cara dan budaya UMNO. Lepas itu bila dah meletup, DAP yang buat report polis suruh jadikan isu ini panas dan semarakkan perasaan orang orang Cina. Siapa yang mula kalau bukan Datuk Ahmad Ismail? Padan muka kena gantung 3 tahun. Untuk pengetahuan semua, Datuk Ahmad Ismail adalah "toy boy" Anwar semasa Anwar jadi TPM dulu. Datuk Ahmad Ismail baik dengan Marzuki Ibrahim (adik Anwar) dan mereka bersama sama dalam sebuah syarikat construction yang diberi nama PENA. Semasa lawan Tun Ghafar sebagai Timbalan Presiden UMNO, Anwar telah manjakan pemuda pemuda Bukit Bendera.

Mereka dapat handset dan motor virago hasil pemberian Pak Sheikh. Untuk menjayakan ahli ahli parlimen BN lompat parti, Anwar kena rancang sesuatu supaya orang Cina marah dan lompat. Kalau lompat kerana duit tak best. Tapi kalau lompat kerana ada isu baru nampak real orang tidak suka pada BN. Alih alih mai kenalah buat satu konspirasi yang libatkan "Toy Boy" Anwar yang bernama Datuk Ahmad Ismail. Dulu dia jadi Ketua Bahagian Bukit Bendera pun kerana usaha Pak Sheikh. Kaya pun kerana Pak Sheikh. Kena gantung 3 tahun pun kerana nak bagi Pak Sheikh jadi PM.

Anwar Tipu Lagi, 16 Jadi 20 Pula.


PETALING JAYA: Jika tidak 16 September, 20 September? Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk 20 September semalam?Ketika berucap di kediamannya sempena bulan Ramadan malam tadi, Anwar berkata, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah," katanya.Sebelum ini 16 September banyak dikaitkan dengan tarikh pembentukan Malaysia - yang membawa kepada kemasukan Sabah dan Sarawak.Bagaimana pula dengan 20 September?

Tanggal 20 September merupakan hari bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan mendatangkan kemudaratan kepada negara.Anwar telah ditangkap oleh pihak polis pada pukul 10 malam 20 September 1998 di rumahnya no. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Penangkapannya dibuat di bawah seksyen 73(1) (a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah mendatangkan kemudaratan negara.Kemudian beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.Beliau keluar penjara pada April 2004 dan bebas larangan aktif berpolitik April lalu - sebulan selepas pilihan raya umum ke-12.Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil 26 Ogos lalu.

Dr Mahathir Pulang Ke Pangkuan UMNO

Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk menyertai semula UMNO selepas mengambil keputusan keluar daripada parti itu Mei lalu. Alhamdulilah, kiambang berlalu, biduk bertaup kembali. Moga UMNO melakukan perubahan segera demi kebaikan bersama.

Monday, September 8, 2008

DAP Letak Syarat Lompat


Belum apa apa lagi sudah letak syarat dah. Lepas ini DAP akan letak syarat, Haji Hadi jangan sebut langsung pasal negara Islam. Mulut kena diam macam Nizar, mita tanah ke apa ke kena bagi. DAP tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Penasihatnya, Lim Kit Siang, berkata parti itu hanya menerima kemasukan wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat jika mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat dan bukan perjuangan ‘periuk nasi politik’ mereka.

“Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat. Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika,” katanya selepas merasmikan penubuhan DAP cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu, semalam. Apa nak jadi la denagn Pakatan Rakyat ini. Bising je lebih nak buat kerajaan. Lima negeri yang menang belum jaga baik baik lagi pun.

Khalid Flinstone Yang Pemalas


Kalau ajak gi makan malam kat hotel dia suka. Kalau ajak gi jalan jalan dengan Anwar di Washington pun dia suka. Kalau ajak pergi Sepang, melompat lompat dia nak pergi tengok perkembangan kandang RM100 juta. Tapi bila ajak pergi tengok orang ditimpa musibah dia kata buang masa. Tunggulah lima tahun lagi kalau nak rasa malas ke tidak.

Sunday, September 7, 2008

Mohd Sabu Kecam Anwar Ibrahim


Dalam interview dengan Malaysiakini, Mohd Sabu telah kata bahawa Anwar Ibrahim hanya berkesan tarik undi orang bukan Melayu sahaja. Bermaksud bahawa cita cita PAS untuk jadikan Malaysia negara Islam tidak akan tercapai jika Anwar Ibrahim jadi PM dan selagi PAS berada di bawah pengaruh Anwar Ibrahim. Ingat tidak, dulu Mohd Sabu pernah kata dekat Anwar Ibrahim "Al Juburi" dalam ceramahnya. Mohd Sabu percaya Anwar peliwat?

Khalid Flinstone: Buang Masa Lawat Mangsa Ribut

(Rumah macam mahligai, tak membazir ke Khalid?)


"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," kata Khalid Ibrahim.


Dalam kejadian pada pukul 3 petang, 6 September itu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut. Seorang Menteri Besar yang sering melaung melaungkan kebajikan rakyat mengatkan bahawa turun kawasan adalah membuang masa.

Buang masa kalau kita lawat 1,000 orang mangsa ribut yang betul betul perlukan pertolongan?. Bila sudah menang macam macam alasan diberi oleh Khalid. Buang masa, jimat kos dan sebagainya tetapi duit itu kalau guna buat kandang babi sejumlah RM100 juta boleh pulak? Patutlah kumpulan Yahya Sahri mengamuk dan baling telur dekat rumah Khalid Ibrahim baru baru ini. Tak salah kalau ada orang gelar "Khalid Flinstone". Macam lawak ja dengar melawat mangsa ribut adalah buang masa.

Saturday, September 6, 2008

Islam lawan Melayu



Sikap bertolak ansur dan bermurah hati ini telah diamalkan sejak pilihan raya 1955, UMNO bertanding di 36 kawasan Parlimen, MCA bertanding di 15 kawasan dan MIC satu kawasan. Pada masa tersebut UMNO boleh membolot kesemua 52 kerusi yang ada tetapi atas sifat benevolence Perikatan UMNO memberikan 17 kerusi kepada kaum yang lain. Ini petanda bahawa Perikatan awal UMNO, MCA dan MIC tidak menjadikan “racist” sebagai titik pemisah antara mereka.

Parti Islam Se-Malaysia mememangi satu kerusi di kawasan pilihan raya Krian, Perak, dan mendapatkan untuk ahli parlimennya nama samaran, "Encik Pembangkang". PAS telah ditubuhkan semata-mata untuk pilihan raya ini. Sebelum itu, PAS merupakan sebuah persatuan yang bernama "Persatuan Islam Se-Malaysia" dan telah memainkan peranan politiknya sebagai sebahagian UMNO. Kekuatan PAS berasal daripada daya tariknya untuk menjadikan agama Islam sebagai dasar masyarakat terhadap orang-orang Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami tahap pembangunan ekonomi yang terendah di negara.

Disebabkan oleh tertubuhnya PAS, maka UMNO menjadi sasaran utama parti yang memperjuangkan Islam untuk berkuasa. Islam lawan Melayu. Tidak ada bangsa di dunia yang berani tulis dalam Perlembagaan bahawa mesti beragama Islam untuk menjadi bangsa Melayu. Strategi British berjaya. Mereka berseronok melihat orang Melayu berpecah dua kepada UMNO dan PAS.

1998, reformasi pula berlaku di Malaysia. Orang Melayu berpecah lagi kepada tiga iaitu PAS, UMNO dan PKR. Gara gara membela seorang sahaja iaitu Anwar Ibrahim, orang Melayu berpecah lagi. Siapa yang sedang membuat untung dari perpecahan orang Melayu ini?

Hari ini sekali lagi orang Melayu berpecah kepada Melayu yang bangga dengan identiti Melayu dan orang Melayu yang tidak berani lagi mengaku Melayu. Akibatnya lagi besar. Mungkin sebab inilah orang Melayu terjajah selama 446 tahun. Kita tidak pernah bersatu melainkan hanya untuk menghalau Malayan Union keluar dari Tanah Melayu. Pada hari ini, apa salahnya kalau orang Melayu bersatu menghalau DAP keluar dari Tanah Melayu?

Friday, September 5, 2008

Duit Yahudi Sudah Masuk Ke Malaysia

Berikut adalah carta organisasi KAF, satu yayasan Yahudi dari Jerman di Malaysia. Ini bermakna, duit dari Yayasan Yahudi ini sudah masuk ke Malaysia sejak sekian lama sejak Anwar masih dalam kerajaan lagi. Baru baru ini Selangor telah berjaya menarik sejumlah RM5.9 bilion pelaburan asing. Pelabur dari Jerman muncul sebagai pelabur terbesar dengan nilai sejumlah RM3.1 bilion. Adakah pelabur itu dari KAF? Pelabur dari United Kingdom berada di tempat kedua dengan jumlah pelaburan sejumlah RM615 juta, Singapura sejumlah RM137.2 juta dan India sejumlah RM136.5 juta. Pulau Pinang pula menerima dana sejumlah RM5.5 bilion. Jika DSAI hendak memasukkan duit luar ke Malaysia, apakah cara yang dia akan guna. Inilah caranya melalui GLC yang ada dalam kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang.
Berikut adalah singkatan nama bagi organisasi KAF. Yahudi akan lebih bermaharajalela jika Anwar jadi Perdana Menteri pada 16 September nanti.

DAP Kena Minta Maaf Pada Orang Melayu

1) Teresa Kok telah panggang lima ekor babi di Selangor sambil pakai topi DAP meraikan kemenangan lima buah negeri Pakatan Rakyat dan projek RM100 juta buat kandang babi di Selangor. Panggang babi nak tunjuk kepada siapa? Orang Melayu cium keris DAP marah, dia panggang babi boleh pula?

2) Teresa Kok telah hina tulisan jawi di Kuala Lumpur. Ada atau tidak orang Melayu hina tulisan Cina? Ada atau tidak orang Melayu bising sebab bukit di Malaysia ini semuanya sudah jadi tanah kubur orang Cina? Tiada. Siapa yang lagi racist?

3) Teresa Kok minta azan Subuh diperlahankan di Seri Kembangan, Selangor. Ada atau tidak orang Melayu marah sebab asap topekong busuk? Marah sebab tarian naga bising? Marah sebab wayang pacak Cina memekak siang malam? Tiada. Siapa yang racist?
Teruskan dengan pendirian Datuk untuk tidak minta maaf. Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera adalah ikon pejuang orang Melayu yang ditindas DAP di Pulau Pinang. Jangan berganjak Datuk, ini maruah orang Melayu. DAP sudah pijak kepala kita, tetapi tidak seorang pun antara kita yang buat polis report pasal Teresa Kok.

Kita minta Teresa pula minta maaf pada orang Melayu. Kemudian desak Anwar Ibrahim minta maaf atas kapasiti Ketua Pembangkang bagi pihak Teresa. Anwar pandai sangat ajar DAP ini jadi kurang ajar. Dia lah yang patut minta maaf.

Wednesday, September 3, 2008

Anwar Kena Nasihatkan Karpal dan Kit Siang Jangan Melampau Sangat


Mulai sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim kenalah nasihatkan sikit Kit Siang dan kuncu kuncunya agar jangan dok melampau sangat dalam Parlimen. Boleh kalau nak bercakap tetapi berpada padalah ingat sama bahawa Tanah ini ialah Tanah Melayu. Anwar pun orang Melayu dan berbangsa Islam tak kanlah dengan Kit Siang dan Karpal Singh, Anwar jadi kecut telur pulak. Orang Islam akan lagi respect pada Anwar kalau dia berani paksa Kit Siang dan Karpal Singh supaya terima sahaja modul negara Islam cara PAS. Bolehkah Anwar buat begitu? Aku rasa tidak....