“Pemuda perlu peka kepada masalah rakyat dan membantu mereka mendapatkan pembelaan dan bukannya kelihatan seperti pak turut kepada kerajaan,” kata Mukhriz. Pemuda UMNO perlu balik kepada perjuangan asalnya iaitu membela nasib rakyat dan bergerak ala NGO untuk meraih kembali sokongan di peringkat akar umbi. Baguslah kalau begitu. Kembalikan semula kepercayaan kepada UMNO.
Friday, October 31, 2008
Tuesday, October 28, 2008
Siapa Line Up Anwar dalam Majlis Tertinggi UMNO?
Monday, October 27, 2008
Kota Tinggi dan Johor Bharu Tidak Sokong Muhyiddin.

Kuala Kangsar dan Johor Bharu beri pada Ali Rustam. Kota Tinggi beri pada Muhammad Taib. Orang Johor pun ada yang tidak sokong Muhyiddin. Betul ke ni? Apa yang pasti, perwakiilan Wanita nampaknya akan sokong Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden. Nampak semakin sengit persaingan untuk Timbalan Presiden.
Sunday, October 26, 2008
Datuk Lajim Bakal Ketua Menteri Sabah
KJ Sudah Layak, Tunggu Giliran Khir Toyo Pula
Khairy Jamaluddin sudah layak bertanding. Sama-sama kita nantikan apakah Khir Toyo akan layak sama bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jika berlaku pertandingan 3 penjuru, apa sahaja boleh berlaku. Macam main bola, menang 4-0, 6-0 belum tentu menang lagi bila sampai final. Entah entah kalah penalti pada masa tambahan. Bila pemilihan ditunda dari Disember ke bulan Mac 2009, ianya ibarat tambahan masa bagi mereka yang bertanding. Sama-samalah kita lihat siapa yang sepak tidak masuk gol pada Mac nanti.
Saturday, October 25, 2008
Hishammuddin Sokong KJ?

Sebentar tadi pada jam 4.12 petang, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-42 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sembrong, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Apakah ini bermakna Pemuda kawasan Hishammudin merestui KJ sebagai pengganti Hisham? Semakin menarik nampaknya pertandingan untuk Ketua Pemuda, Gua Musang yang sebelum ini mencalonkan Khir Toyo tiba tiba mencalonkan pula KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Nampaknya keputusan boleh berubah sekelip mata.Belum tentu lagi yang dapat pencalonan banyak akan menang. Di tengah tengah jalan boleh jadi ramai yang buat pusingan U TURN nanti.
Thursday, October 23, 2008
Khir Toyo Dapat Pencalonan Di Gua Musang

Menarik. Khir Toyo mendapat pencalonan di Gua Musang, kawasan Tengku Razaleigh. Apakah ini petanda Ku Li menyokong Khir Toyo untuk ke jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Silap silap Khir Toyo boleh potong pencalonan Khairy Jamaluddin. Tapi yang peliknya, mengapa Pemuda UMNO Putrajaya memberi pencalonan kepada Mukhriz Mahathir. Bukankah Pemuda UMNO Putrajaya adalah orang kuat KJ. Mengapa jadi macam tu?
Tuesday, October 21, 2008
Perwakilan Pemuda Tentukan Peralihan Kuasa

Hishammudin dan Zahid Hamidi mendahului senarai pencalonan untuk Naib Presiden UMNO. Kedua-duanya, adalah dari Pemuda UMNO. Ini menunjukkan ramai kalangan perwakilan kini adalah bekas-bekas Ketua Pemuda UMNO. Perubahan dimulakan oleh orang muda. Belum pasti lagi orang yang dapat undi tertinggi akan menang nanti. Segalanya boleh bertukar bila pemilihan. Nasib baik ada sistem kuota, kalau tidak semua orang dah beratur nak jawatan-jawatan yang ada.
Kedudukan Terkini Pencalonan Pemilihan UMNO.
Presiden (58 pencalonan layak bertanding)
Datuk Seri Najib Tun Razak (66)
Timbalan Presiden (39 layak bertanding)
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (44)
2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (13)
3. Tan Sri Mohammad Mohd. Taib (9)
Naib Presiden (20 layak bertanding)
1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (55)
2. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (38)
3. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (32)
4. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (32)
5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (12)
6. Tan Sri Mohd Isa Samad (7)
7. Datuk Seri Dr. Rais Yatim (6)
8. Datuk Seri Shahidan Kassim (6)
9. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (4)
10. Tan Sri Rahim Tamby Chik (4)
Sunday, October 19, 2008
Zahidi Tarik Diri Lawan Ketua Pemuda

Petang tadi, Datuk Zahidi yang menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar dengan Datuk Azmi Khalid mengumumkan akan bertanding hanya jawatan Majlis Tertinggi (MT) sahaja. Zahidi yang tertinggal jauh hanya satu pencalonan sahaja dari Padang Besar mengumumkan menarik diri dari bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Persaingan sekarang adalah tiga penjuru antara Mukhriz, Khairy dan Khir Toyo. Setakat ini Mukhiz sudah dapat 56, Khairy 29. Khir Toyo 24. Silap haribulan Khir Toyo boleh potong pencalonan Khairy pula nanti.
Friday, October 17, 2008
Razali Ibrahim Bersaing Sengit Dengan Reezal

Setakat ini pencalonan untuk Razali Ibrahim adalah 36, manakala Reezal Merican adalah 30. Razali Ibrahim dilihat berpeluang besar untuk menang kerana dikatakan partner kepada Datuk Mukhriz, Khir Toyo dan Zahidi. Selain sokongan yang kuat daripada ketua ketua Pemuda yang pro kepada Hishammudin. Reezal juga tidak kurang hebatnya dengan sokongan daripada GPMS.
Wednesday, October 15, 2008
Hishamuddin Bakal Jadi Naib Presiden?

Setakat 15 Oktober ini, Datuk Hishamuddin sudah mendapat 27 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Pencalonan paling tinggi dan sudah melepasi kelayakan iaitu 20 pencalonan. Nampaknya tempias Najib selaku Presiden telah melonjakkan juga nama Hishamuddin untuk ke kerusi Naib Presiden. Tambahan pula pada tahun ini ramai Ketua Ketua Pemuda zaman Hisham sudah menjadi Naib Ketua Bahagian dan G7. Jadi peluang Hisham untuk jawatan Naib Presiden sudah terbuka luas. Boleh dikatakan sebelah kaki Hisham sudah berada di kerusi Naib Presiden. Good Luck Hisham.
Tuesday, October 14, 2008
Kulim & Bandar Bharu Lambang Perpaduan Parti

Sanglang telah dipindah milik daripada BN kepada PAS di Perlis. Kulim pula dikekalkan milik Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR). Menurut Datuk Aziz Sheikh Fadzir (gambar) beliau mahu agenda memperjuangkan rakyat diteruskan demi kebaikan bersama. Ini satu contoh teladan baik. Moga ia dapat diikuti oleh ahli politik yang lain sama. Letakkan kepentingan rakyat mengatasi pertelingkahan sesama sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
