Monday, December 29, 2008

Bersatulah PAS dan UMNO Melawan DAP


Karpal Singh selar PAS kerana masih kekalkan agenda negara Islam. PAS pula dalam masa yang sama masih lagi melukut di tepi gantang sedangkan yang menguasai gantang adalah Karpal, Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Menurut Karpal Singh "PAS harus bersikap praktikal kerana PAS sendiri tidak mampu memperoleh majoriti 2/3 untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam".

Apa lagi yang ditunggu oleh orang orang PAS? Tunggu buah kelapa jatuh dari langit? Jangan mimpilah, DAP sampai bila-bila pun tidak akan mahu negara Islam. Hanya MCA dan MIC sahaja yang boleh terima UMNO untuk buat negara Islam.

DAP memang tak ikhlas dengan PAS. Hanya orang PAS yang tidak serik-serik percaya pada DAP. Apa nak tunggu lagi, marilah berpakat dengan UMNO menjadi satu parti, baru boleh buat negara Islam.

Thursday, December 25, 2008

Karpal Cabar Anwar Perjelas Pendirian Tentang Hudud


Karpal dah cabar Anwar. Berani ke Anwar nyatakan pendirian? Pengerusi DAP Karpal Singh berkata ketua umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan pendirian parti itu mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh Pas jika pembangkang memerintah negara ini.

Katanya Anwar tidak boleh berdiam diri terhadap kata putus Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hukum itu akan tetap dilaksanakan di negara ini.

"Pas akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum hudud kerana DAP akan menentangnya," kata Karpal. Beliau berkata Pas tidak boleh mengetepikan keputusan sebulat suara Mahkamah Agung pada 1988 bahawa malaysia bukannya sebuah negara Islam. Kalau Anwar tidak berani keluarkan kenyataan, nampak sangatlah Anwar ni jadi boneka DAP je. Cakap je besar tapi bila digertak DAP takut nak bersuara.

Tuesday, December 16, 2008

Yassin Brothers Mengaku Sokong PKR


Oleh Aida Azura Azemi, Sinar Harian

Shah Alam - Jika artis lain gemar berdolak-dalik tentang pendirian politik mereka, perkara sebaliknya menjadi pegangan penyanyi dan komposer terkenal, Yassin Sulaiman.

Yassin berterus terang, dia merupakan penyokong kuat perjuangan PKR, malah telah bersama-sama parti berkenaan sebelum penasihatnya, Anwar Ibrahim ditangkap pada 1998 lagi.

Perkara ini disuarakan Yassin ketika Sinar Harian menghubunginya semalam untuk bertanyakan isu terbaru menyebut dia kini seolah-olah 'artis ikon' bagi PKR setelah membuat persembahan sempena Kongres Nasional PKR kelima yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, 28 November lalu.

Sebelum ini, Yassin juga dikatakan pernah membuat persembahan sambutan Aidiladha di kediaman Anwar.

" Saya tidak pernah menyembunyikan pendirian politik saya. Rata-rata orang pun tahu tentang (sokongan kepada PKR) ini. Lagi pun sudah sampai satu tahap di mana saya rasa rakyat Malaysia benar-benar mempunyai kebebasan untuk bersuara dan tidak perlu takut-takut lagi untuk "agree to disagree"

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya tidak boleh duduk semeja dengan penyokong parti lain, malah saya mempunyai ramai kawan daripada Pemuda UMNO"

"Sebagai artis, saya juga tiada masalah untuk menjayakan tawaran persembahan daripada parti lain sekirannya ada", ujarnya yang mengaku tidak berminat untuk menceburi bidang politik buat masa sekarang, tetapi sentiasa setia mengikuti dan menyokong perkembangan PKR dari masa ke semasa.

Dipetik dari Sinar Harian, 16 Disember 2008.

Saturday, December 13, 2008

Artis Sasaran Terbaru Anwar Bagi Menangi Pilihan Raya

Untuk pengetahuan semua pembaca, Zaini Ahmad (Penyampai Berita NTV7) adalah seorang gay boy. Sementara, Ras Adiba Radzhi menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim melalui Datuk Tony daripada Sabah. Datuk Tony adalah bekas boyfriend Ras Adiba dan taukeh Bailey Pub di Subang Jaya. Datuk Tony berperanan sama seperti Nallakarupan dahulu, membekal mana-mana gadis yang diminati oleh Anwar Ibrahim. Ras Adiba ketika itu bertindak sebagai pengantara bersama dengan Datuk Tony.
Manakala Pyan Habib pula diperkenalkan kepada "circle" Anwar Ibrahim oleh Datuk Johan Jaafar semasa Anwar masih lagi Timbalan Perdana Menteri. Datuk Johan Jaafar menjadi seseorang yang "untouchable" semasa Anwar menjadi TPM. Malah jika ada orang mengkritik Datuk Johan Jaafar, Anwar sendiri akan membelanya. Akil Haay pun dengar katanya sudah cenderung untuk sokong Anwar pula sekarang ni. Apa nak jadi dengan imam NTV7 nih.

Ramai tidak sedar bahawa perlantikan Anwar Ibrahim dalam International Crisis Group (ICG) telah menunjukkan hubungannya yang " kumpulan anti Islam". Ini disebabkan ICG adalah sebahagian daripada "product neo conservatif". Sama seperti Gus Dur, Amin Rais dan Habibie, Anwar juga mejadi sebahagian perkakas neo conservatif untuk menguasai sesebuah kerajaan. Janganlah hendaknya mana-mana artis Malaysia terperangkap dalam jerat dan muslihat Anwar ini.

Friday, December 12, 2008

Anwar Ibrahim Bakal Letak Artis Jadi Calon PKR

Ketika pilihan raya umum ke-12, Anwar Ibrahim telah berkali kali jemput Yassin (bekas penyanyi kumpulan Brothers) untuk ke rumah terbuka di rumahnya. Dalam Kongres Angkatan Muda PKR di Stadium Melawati baru-baru ini, Yassin dijemput untuk menyanyikan lagu yang memuji muji Anwar Ibrahim untuk menaikkan semangat orang-orang PKR. Bapa penyanyi tersebut iaitu Prof Madya Dr Sulaiman Osman (bapa Yassin) adalah pensyarah TITAS di Pusat Pengajian Umum, UKM. Dr Sulaiman telah mengambil kesempatan untuk memuji Anwar Ibrahim dalam kelas dan mengkritik kerajaan secara terbuka.

Dalam Kongres Pakatan Rakyat juga baru-baru ini, seorang perwakilan dari Johor menyatakan bahawa Mawi juga pernah memanjat pokok dan mengantung bendera PKR pada tahun 1999 di kawasan Felda Taib Andak. Anwar Ibrahim nampaknya mengidam Mawi untuk jadi calon Menteri Besar Johor nampaknya. Seorang lagi artis yang pro Anwar Ibrahim adalah Wardina. Bapa Wardina iaitu Fadhullah Clive Wilmot adalah bekas ahli ABIM dan baik dengan Anwar Ibrahim. Fadhullah berbangsa Anglo Saxon Australia dan telah berkahwin dengan seorang wanita Acheh. Artis-artis lain yang pro kepada Anwar Ibrahim adalah Ras Adiba Radhi, Zaini Ahmad (penyampai berita NTV7), Pyan Habib, Ning Baizura, Amy Search, Zizie Izzete dan Yasmin Ahmad. Modus operandi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim sama dengan modus operandi Amin Rais (Parti PAN) dan Gus Dur (PKB) di Indonesia. Mereka ini pro Amerika, sama dengan Anwar Ibrahim dan termasuk dalam grand design RAND Corporation bagi membina Moderate Muslims.
Gus Dur menjadi penaung kepada LibForAll Foundation, sebuah yayasan Amerika yang menaja The Wahid Institute (badan pemikir Gus Dur) & penaung kumpulan DEWA 19. Artis Dewa 19, Ahmad Dhani pernah dijemput ke Amerika Syarikat untuk menyampaikan ceramah bagi melawan teorrist dan menyokong Israel.

Amin Rais pula meletakkan calon-calon artis paling ramai sebagai calon dalam parti PAN. Kaedah menggunakan artis & tokoh popular merupakan strategi RAND Corporation untuk meramaikan rangkaian kumpulan Muslim Moderate bagi menewaskan kumpulan Muslim Fundamentalis. Tidak mustahil, Yassin, Mawi, Ras Adiba Radhi atau Ning Baizura bakal menjadi pilihan Anwar Ibrahim untuk menjadi calon PKR. Itu pun kalau mereka mahu.

Thursday, December 11, 2008

4 Orang Bakal Calon PAS di Kuala Terengganu




Sudah ada empat nama yang disebut-sebut bakal calon PAS di Kuala Terengganu. Yang paling hangat sekali dan paling favourite adalah Dr Syed Azman iaitu ADUN Batu Buruk. Yang kedua adalah Mohammad Sabu iaitu Naib Presiden PAS dan yang ketiga adalah Dr Mohd Khazani, bekas pensyarah UPM. Yang keempat adalah Datuk Wan Mutalib Embong iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Antara empat nama ini, dua nama adalah dari kem Erdogan iaitu Dr Syed Azman dan Dr Mohd Khazani. Dua nama lagi ialah dari Kem Ulama iaitu Mohd Sabu dan Datuk Wan Mutalib. Kalau salah satu kem ini tidak bersetuju dengan nama yang dipilih, maka akan berlaku lah cah keting dalam PAS. Masing-masing berebut hendak jadi orang yang ke-83 ahli parlimen Pakatan Rakyat. Bolehlah menipu dalam Parlimen nanti.

Saturday, December 6, 2008

ISU PEMBANGKANG MELAYU ISLAM YANG MENGHAKIS HAK MELAYU ISLAM


1. Wang Zakat di Selangor diagihkan kepada bukan Islam walhal terdapat peruntukan lain untuk bukan Islam dan jelas mereka yang nak diberikan tidak termasuk dalam asnaf yang 8 - Dalang PAS & PKR

2. Cadangan buka UiTM pada Bukan Melayu walhal itulah benteng terakhir melayu memperkasakan diri dalam pendidikan- Dalang PKR

3. Melantik bukan melayu menduduki kerusi tertinggi PKNS yang membuka ruang bukan melayu menghancurkan usaha badan PKNS membela melayu yang kian terhimpit terutama di kawasan bandar di Selangor - Dalang PKR

4. Dasar menyamaratakan hak bukan melayu dan melayu dengan cadangan menghapuskan hak keistimewaan melayu yang jika terlaksana bakal menghancurkan melayu yang amsih belum bersedia dari segenap segi - Dalang PKR - DSAI

5. ISU KES ANWAR MELIWAT DAN KEMUDIANNYA MEMPERSENDAKAN SAIFUL BUKHARI YANG MEMBUAT SUMPAH LAKNAT : MEMPERLEKEHKAN DAN MERENDAHKAN KEPRCAYAAN TERHADAP ALLAH & ISLAM - Dalang DSAI & PKR

6. PERHIMPUNAN PROTES HARGA MINYAK – KONSERT TAYANG BONTOT LAGU “JILAT” OLEH KABURETOR DUNK telah merendahkan imej Islam - Dalang PKR & Anwar

7. ISU RASUAH : PEGAWAI KHAS MB SELANGOR DI ARAH MELETAKKAN JAWATAN KERANA TERLIBAT DENGAN RASUAH PEMBERIAN TANDER KERJA PEMBERSIHAN - Dalang PKR

8. ISU RASUAH MELULUSKAN PROJEK PERUMAHAN : 3 EXCO PERAK TERLIBAT & PENGIKUT PKR (AHLI MAJLIS DAERAH) MENYAMAKAN SEDEKAH DENGAN SEKS… YANG WAJIB DITERIMA - Mengambarkan pengetahuan Islamygcetek dan cara hidup yg sosial dan kesanggupan menghalankan yg haram demi matlamat : Dalang PKR & DSAI

9. WANG KUTIPAN DERMA MAJLIS 1OO HARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR DI MASUKKAN KE AKAUN PKR WALAUPUN WANG MAJLIS ITU MENGGUNAKAN WANG KERAJAAN NEGERI SELANGOR : PENYALAH GUNAAN WANG KERAJAAN NEGERU & DISIASAT BPR : Dalang PKR & DSAI


10 .MB KHALID IBRAHIM KATA MENINJAU MANGSA RIBUT MEMBAZIR MASA - PEMIMPIN YANG MENGABAIKAN RAKYAT KETIKA SUDAH BERKUASA - DALANG PKR DAN PR

Wednesday, December 3, 2008

Zaid & Co Tidak Perlu Jadi Lawyer PTPTN Lagi


Pihak PTPTN perlu mengkaji semual kedudukan Zaid & Co sebagai peguam bagi PTPTN. Sesudah Zaid Ibrahim dipecat dari UMNO. Tidak patut lagi mana-mana syarikat Zaid Ibrahim diberi tempat dalam PTPTN. Banyak lagi ahli UMNO yang tidak dapat projek dan susah tapi masih sokong UMNO. Kalau beri jugak kepada Zaid & Co, selagi itulah Zaid Ibrahim akan bersenang lenang menyaman pelajar pelajar. Pecat semua kepentingan Zaid Ibrahim.