Tuesday, February 10, 2009

DAP Mahu Penderhaka Bertanding Di Bukit Gantang

pilihanraya kini     1:54 AM    


Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mencadangkan PAS menimbang untuk meletakkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyatakan beliau membuat cadangan itu atas kapasiti peribadinya, Ngeh berkata, adalah elok jika Nizar dipilih sebagai calon kerana rakyat boleh menyatakan pandangan mereka mengenai perubahan kerajaan negeri itu.

“Ini hanya pandangan peribadi saya. Terpulang kepada PAS untuk membuat keputusan. Walau siapa pun calonnya, kami akan memberikan sokongan penuh kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ngeh dah mula cabar Nizar tu. Kalau Nizar kalah, DAP tepuk tangan lah bersorak gembira. Tiga "N" hilang di Perak bila BN perintah. Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham dan Nizar Jamaluddin. Kerana Tiga N inilah Perak jadi kacau bilau selama 11 bulan. Tanah habis tergadai kepada Cina. Bila raja bertindak, patik pohon derhaka. Elok lah tu, kalau bertanding la jugak kat Bukit Gantang, alamatnya bungkuslah politik Nizar. DAP sengaja ja cabar untuk matikan terus karier politik Nizar. Seronok lah Nga dan Ngeh nanti.

8 comments :

Anonymous said...

penderhaka?
dulu menteri besar perak ghazali jawi tak nak letak jawatan mb sultan idris murka hingga sultan idris bernazar tak potong jambang dan janggut

sekarang ni mungkin sultan perak bernazar tak potong kuku hingga yb nizar letak jawatan kot

bodohnya orang umno bn, tahu tak sultan tak ada kuasa melucutkan jawatan menteri besar jadi memang patut yb nizar sembah derhaka

alluqman said...

ha..ha..ha..ha.....

Tolong cerita sikit.. dik. Sultan Idris tu sapa dik???? letak jawatan atau....????

Baca sejarah jangan 1 buku.. belek dan semak...

paul said...

alluqman, jangan dilayan budak2 ni.. diaorang hanya baca sehelai, dengar sepatah,tp terus terus mengulas...

Anonymous said...

anon 8.51 am
betul juga kata engkau
puak umno ni entah ape yg disokong pun tak tau

dah tau pemimpin rasuah pun sokong
pemimpin langgar hukum ugama sokong
dulu mereka lah yang meruntuhkan kekebalan raja raja
menderhaka kat raja perlantikan mb perlis dan trengganu
semua tu tak derhaka

aku rasa penyokong umno bn kat dahi dia tanda rm aje
sokong sebab nak duit
kat dunia kaya beb
bawa bawa lah bertaubat

Anonymous said...

rasanya cukuplah setakat ini saya menyokong umno bn
hati melayu ku berkata aku tak mahu bersubahat dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan tak beretika

next election, sorry no more umno/bn

Anonymous said...

bang alluqman

bro yang tahu sejarah
nak tanya sikit
sultan perak ada kuasa ke nak lucutkan jawatan mb

saya rasa orang pr tak bodoh macam orang umno bn ada duit semua sokong tapi orang pr sokong atas kebenaran dan titik peluh sendiri

Anonymous said...

Si Nizar memang penderhaka besar! Orang PAS pulak kaki ampu Nizar. PAS dah jadi biol sebab dah kemaruk nak perintah Negeri PERAK. PAS sudah terpesong dari perjuangan sebenar. PAS bukan lagi parti ISLAM tetapi menggunakan ISLAM sebagai topeng perjuangan.. PAS boleh bersekongkol dengan DAP dan PKR demi cita-cita politik pemimpin mereka yang RAKUS dan TAMAK kuasa. JAUHILAH diri anda dari PAS. Katakan TIDAK kepada PAS. JOM TOLAK PAS!!!

Anonymous said...

PAS = Parti Angkat Sumpah. Masa Nizar jadi MB bukan main senyum!!! kononnya dialah pilihan rakyat. jadi masa nak angkat sumpah MB dialah orang yang paling setia(KONON JEK) tapi ni bila dah takde sokongan marah pulak kat sultan perak... ape ke hal YOB? Lebih baik orang2 PAS sedar diri sebelum tanah melayu tergadai oleh pemimpim PAS!!!JAUHILAH diri anda dari PAS. Katakan TIDAK kepada PAS. JOM TOLAK PAS!!!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.