Tuesday, February 24, 2009

Selepas 3 Bukit, Batang Pula Hadapi Pilihan Raya

pilihanraya kini     7:46 PM    


Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak perlu diadakan berikutan kematian anggotanya Datuk Dublin Unting hari ini. Ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.Beliau juga merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menteri muda sukan dan pertanian Sarawak.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.