Saturday, March 28, 2009

DR M AKAN MASUK UMNO SEMULA

pilihanraya kini     2:18 PM    

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila muncul secara tiba-tiba di perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.
Kemunculan beliau bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada jam 12.29 tengahari tadi disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan.

Mereka juga berdiri memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut. Ketika itu Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang membuat ucapan penggulungannya.

Beliau mengambil kesempatan itu untuk menyatakan bahawa kehadiran Dr Mahathir itu sebagai tanda bahawa mantan perdana menteri itu mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin juga berkata ia juga menandakan bahawa Dr Mahathir akan kembali secara rasmi menjadi ahli Umno.
Najib juga memulakan ucapan penggulungannya dengan mengalu-alukan kehadiran Dr Mahathir itu.

Dr Mahathir tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno Khamis lalu.
Semalam, beliau menulis dalam blognya bahawa beliau tidak hadir kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka "merestui politik rasuah".

Panglima percaya Tun M akan masuk semula UMNO dan datang ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk berkempen semula untuk UMNO. Siap sedialah Pakatan Rakyat...kamu akan kalah teruk nanti.

8 comments :

Anonymous said...

Semalam beliau menyelar UMNO pilih para pemimpin yang amalkan rasuah. Kerana tak pilih anak beranaknya/ puak2nya. Dr M kata dia tak mau bersama2 dengan puak2 perasuah! -kata-kata yang baik.

Tapi hari ini lain pulak rupanya. Menjilat balik ludahnya semalam.- begitulah hipokrasinya Dr M semenjak dulu, kini & selamanya.

Selamatlah mereka yang terlepas dari belitannya selama ini!!!

Anonymous said...

yesterday sour grapes

today he realised it may back fire, so he comes crawling back !

Anonymous said...

The dictator is back....Holy shit...

Kesian negara aku , Malaysia....isk...isk..isk..

Anak Kampung

Anonymous said...

apasal nik aziz, anwar, kit siang, go deep singh, kapal sink senyap ye...
oh ya.. takut giler. malaikat maut datang.
nampaknya nik aziz malam ni sembahyang tahjud sampai keluar air mata kambing la..
ha ha ha.

Anonymous said...

Betul klu Tun turn ke kawasan pilihanaray BN akan menang..abis buat apa org lain kat BN.Atau pun tak cukup matang ahli2 BN... kui2

TebuHitam said...

Selamat kembali kepangkuan UMNO/BN.
Dulu masa Tun keluar UMNO,Pakatan cukup happy.Siap offer Tun masuk Pakatan.La nie,mereka dah mula runsing,bontot dah tak senang duduk dengan kembalinya Tun ke UMNO.Pakatan dah mula berkira-kira,apa yang akan jadi selepas ini.
Umno sudah bersedia untuk berperang menguatkan parti.
Umno sudah bersedia untuk mengoncang Pakatan pembangkang.
Setiap sudut tidak akan diberi ruang.
Bersedialah Pakatan untuk dikuburkan.
AWAS LU PAKATAN...

Anonymous said...

Tengok sajalah nanti, apakan terjadi kepada pihak kamu. Jangan terlalu girang dengan gesture yang di pamirkan oleh Tun. Apa yang nak dikaitkan dengan Pakatan Rakyat. Pokoknya, Rakyat sudah siap sedia bersama Pakatan Rakyat, manakala amenobe'end masih ditakok lama, hanya mengharapkan tiupan semangat dari Tun yang mereka pernah siseh dan dipersiakan sedikit masa dahulu.

Anonymous said...

miley cyrus nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/mileycyrus]miley cyrus nude[/url] paris hilton nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/parishilt]paris hilton nude[/url] kim kardashian nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/kimkardashian45]kim kardashian nude[/url] kim kardashian nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/celebst]kim kardashian nude[/url]

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.