Saturday, March 28, 2009

Hisap Rokok Lebih Hina Dari Lembu

pilihanraya kini     4:19 AM    


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.


Kalau orang itu derhaka pada Sultan...adakah dia lebih hina dari Lembu??? Dulu kata DAP macam Syaitan...sekarang ni boleh pula pakat sekali...mencarut pun boleh..apa cerita nih Nik Aziz..nyanyuk ke

5 comments :

nak tergelak baca komen nik aziz tu...hahaha

Anonymous said...

innama yakhshallahu min 'ibadihil 'ulama..klu ltak ayat al-quran arab tkut xleh baca...

TebuHitam said...

Nick Arjist mmg suka buat dunia politik Malaysia nie bergoncang.Hal yang remeh temeh pun bleh jd isu hangat.Dah takde ape nak cerita kot.
Gua nak bg cadangan supaya Nick Arjist buatlah cerita2 tentang agama yang benar.Cerita2 nabi banyak apa..
Ceritakanlah..
Supaya menjadi teladan kepada anak2 generasi muda.Biar mereka membesar dengan cerita2 para Nabi.Tak gitu tok..

epinkluang said...

Pakai jubah dan kopiah haji kalau hisap rokok lebih hina dari lembu.Tapi pakai serban dan jubah kata tuhan mencarut,boleh berkawan dengan setan nak sama Binatang apa,kerana dia ada ilmu agama tapi cakap tak ada otak.

Anonymous said...

Dalam ramai-ramai hangpa , ada manusia yang berakal bersadur setan!!!!!!!!!. Kami tak ke buloq kat hangpa ai.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.