Saturday, April 11, 2009

Kabinet Satu Malaysia, Kecuali Perlis

pilihanraya kini     1:09 AM    


Kesian tengok senarai penuh kabinet baru yang diumumkan, Perlis tiada tempat. MCA tambah kerusi, Gerakan tambah kerusi, wakil dari Sabah tambah kerusi. Raja Nong Chik ganti Zulhasnan di Wilayah. Koh Tsu Koon jadi menteri. Perlis menang besar dalam pilihan raya lepas, hanya kalah dua kerusi kepada PAS. Menang semua kerusi Parlimen. Sekecil kecil Perlis, Perlis juga satu negeri dan satu kerajaan. Rasanya Perlis tak penting sangat lah dalam Kabinet nih. Tiga-tiga calon UMNO dari Perlis yang bertanding untuk Majlis Tertinggi semuanya kalah. Pemuda UMNO pun tiada wakil Perlis. PPP yang tak bantu sangat di Bukit Gantang pun dapat jadi Timbalan Menteri. Awat lekeh sangat kah orang Perlis, sampai sorang pun tak dapat masuk dalam kabinet nih??????? Teruk sangatkah depa???


Pada tahun 2004-2008, Perlis seolah negeri emas. Agong dari Perlis, Speaker Dewan Negara dari Perlis, dapat dua menteri dan SU Agung UMNO Malaysia. Menang pula Piala Malaysia dua kali pulak tu. Perlis popular sekejap. Lepas tu, Perlis tak dapat apa langsung. Menteri tidak dapat, timbalan menteri jauh sekali lah. Harap harap dalam perlantikan untuk Majlis Tertinggi UMNO dan barisan Pemuda UMNO, ada wakil dari Perlis. Takut juga orang Perlis kecik hati jika rakyat Perlis tidak dipandang sama sebagai rakyat Malaysia. Apa jadi kalau dari Perlis sampai Selangor semuanya dapat pada Pakatan Rakyat????? Perlis negeri yang susah, pembangunan pun tak banyak, kalau tak pandang Perlis, silap haribulan Perlis dapat pula kat pembangkang. Jenguk jenguk samalah orang Perlis selagi UMNO masih kuat lagi kat sana.

9 comments :

Anonymous said...

RASANYA..

PERLIS SUDAH DAPAT,
SEDANGKAN ORANG LAIN TIDAK DAPAT.

SUDAH DIBERI..
TAPI TAK PANDAI MENJAGANYA...

KOT BIASA BUAT TAHANA KAT ORANG ..

KAT MANTAN PM DULU-DULU dan MANTAN MUFTI PERLIS.

Anonymous said...

padan muka perlis
gaduh sangat hampa
apa pun tak dapat
berkelai la lagi

susah macam ni...langsung tak ada wakil..

MIC nak cabutkan anggota kabinet dia..

baguih la..

ganti denga orang pereghlih..

kena suarakan benda2 ni...cuma jangan bising sangat..

takut nanti 'PM' marah..

atau nampak kita tak sabar tunggu aturan akan datang..

sabaq no..

be cool.

BHM said...

Salam ziarah...

http://aspirasi-baru.blogspot.com

ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Anonymous said...

Pada pandangan saya walaupun tiada seorang wakil dari negeri Perlis yang menjadi Menteri atau Timbalan Menteri ini tidak mendatangkan apa-apa kerugian bagi negeri Perlis. Pembangunan yang dijanjikan dan perancangan kerajaan negeri dan Pusat terhadap Perlis akan berjalan seperti biasa. Rakyat Perlis sama sekali tidak perlu risau kerana tiada wakil dari negeri mereka yang dilantik menerajui kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak. Cubalah kita luaskan lagi minda kita. Kita lihat Perdana Menteri kita yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad anak jati negeri Kedah. Selama kepinpinan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun bukannya beliau bersikap berat sebalah dengan membuat pembangunan di Kedah tetapi pembagunan dibuat dengan seimbang ke serata Malaysia. Begitu juga dengan Perdana Menteri Pulau Pinang yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi, anak jati Pulau Pinang. Bukannya ada pembangunan yang hebat pun dilaksanakan di Pulau Pinang oleh beliau disepanjang pemerintahan beliau selama 5 tahun. Jadi bagi saya rakyat Perlis usahlah merasa kecewa dengan kabinet baru ini. Yang penting Perlis terus maju dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Jangan jadi macam Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Kerajaan yang tidak berduit. Bak kata org Kedah "DOK GEBANG JE PKR NI. PKR = PARTI KACAU RAKYAT. Sekian, Terima kasih. wassalam.

Kepada rakyat yang masih sayangkan Malaysia, janganlah disokong Pakatan Pengganas. Kerana setiap sokongan kepada mereka akan menghancurkan masa depan anak cucu. Setiap sokongan membawa kehancuran kepada Malaysia, menolak Islam sebagai Agama Rasmi malah mengusir orang Melayu daripada tanahair sendiri.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia dan bersatulah menolak anasir anasir jahat dan lindunglah kedaulatan Negara dan Raja Raja Melayu. Peliharalah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia. Lindungilah anak anak dan keluarga kita dari pengaruh jahat mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara daripada kejahatan mereka.

Dulu Perlis dapat 2 jawatan menteri walaupun hanya ada 3kawasan parlimen.

Tiada yang pertikai pun.

Anonymous said...

Depa tak mau la orang Pegrleh, nak buat apa, nak buat proyek pun tak dak tapak, kecik sangat, nak pondoi tak bebaloi!!!!!!!! kah kahkahhhhhhhhhhhhh.

Anonymous said...

kecoh pulak perlis sekarang ape sudah jadi? :)

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.